| FBI | |
|---|---|
| Genre | |
| Pencipta |
|
Dibintangi oleh |
|
| Penggubah | Atli Örvarsson |
| Negara asal | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Inggeris |
| Bilangan musim | 8 |
| Bilangan episod | 138 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 44 minit |
Syarikat penerbitan |
|
| Penyiaran | |
| Saluran asal | CBS |
| Siaran asal | 25 September 2018 – kini |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | |
| Laman sesawang | |
FBI ialah sebuah siri televisyen prosedur polis Amerika yang dicipta oleh Dick Wolf dan Craig Turk yang ditayangkan di CBS pada 25 September 2018. Di Malaysia siri ini ditayangankan pada Akan Datang di TV2. Siri ini diterbitkan oleh Wolf Entertainment, CBS Studios dan Universal Television, dengan Dick Wolf, Arthur W. Forney, Peter Jankowski dan Turk berkhidmat sebagai penerbit eksekutif, dan ia mengikuti ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di New York City. Ia adalah siri pertama dalam francais FBI.
FBI menerima komisen terus kepada siri untuk 13 episod pada 20 September 2017. Siri ini menampilkan pelakon ensemble termasuk Missy Peregrym, Zeeko Zaki, Jeremy Sisto, Ebonée Noel, Sela Ward, Alana de la Garza, John Boyd dan Katherine Renee Turner.
Pada April 2024, siri ini telah diperbaharui hingga musim kesembilannya, memastikan penayangannya melalui jadual televisyen rangkaian 2026–2027. Musim ketujuh ditayangkan pada 15 Oktober 2024.








