Epok ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Isma, yang dibintangi oleh Taqim Zaki dan Nadia Aqilah. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 25 Julai 2025 menggantikan drama Budak-Budak Pushbike.
Epok | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Keluarga |
Ditulis oleh | Ben Shah |
Pengarah | Isma |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Salina Mohd Bakri Ben Shah |
Penerbit | Havari Akh |
Tempoh siaran | 47 minit |
Syarikat penerbitan | Havari Akh Sdn Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 |
Siaran asal | 25 Julai 2025 – 22 Ogos 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Budak-Budak Pushbike |
Diikuti oleh | Kembali Mencintai |
Sinopsis
Epok seorang OKU pekak dan bisu tinggal bersama emaknya, Mak Midah. Epok bekerja mengambil kelapa dengan dibantu oleh Aton, monyet peliharaannya yang dijumpai di tepi jalan. Epok berkahwin dengan Salma, wanita yang berjaya mengubahnya menjadi lelaki yang maju.
Pelakon
Pelakon utama
- Taqim Zaki sebagai Epok
- Nadia Aqilah sebagai Salma
Pelakon pembantu
- Razak Ahmad sebagai Haji Tamam
- Khaty Azian sebagai Mak Midah
- Idham Maulana sebagai Isa
- Rasya Dean sebagai Oya
- Awie Dean sebagai Sabri
- Lan Sha sebagai Sahul
- Cahaya Jais sebagai Kelesum
- Nabill Fiqrie sebagai Derus
- Ibad Yaala sebagai Idris
- Rubini Sambanthan sebagai Sadvi
- Elly Suhaili sebagai Rosenah
- Girang sebagai Alok
- Ayu Azlina sebagai Mak Temah
- Zed Zaidi sebagai Dato Razzman
- Ruby Ooi sebagai Datuk Siew Ching
Lagu Latar
- Nafasku Dikalbu Mu - Faizal Bahari
- Tanam Saja - Nostress
- Pegang Tanganku - Nostress