| Epilog Syurga Cinta | |
|---|---|
![]() | |
| Genre | Drama Cinta Agama Konflik |
Berdasarkan daripada | Syurga Cinta karya Ahmad Idham |
| Ditulis oleh | Panel MIG |
| Pengarah | Azhari Zain |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | Ku Pohon Padamu - Rafidah Ibrahim |
| Lagu penutup | Ku Pohon Padamu - Rafidah Ibrahim |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan episod | 28 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Jane Lim |
| Penerbit | David Teo |
Syarikat penerbitan | MIG Productions Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) |
| Siaran asal | 2 Ogos 2010 – 23 September 2010 |
| Mengikuti | Ilusi |
| Diikuti oleh | Chinta |
Epilog Syurga Cinta adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Azhari Zain, dibintangi oleh Zizan Nin, Rafidah Ibrahim, Mia Sara Nasuha dan Intan Ladyana. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 2 Ogos 2010 menggantikan drama Ilusi. Drama ini adalah adaptasi daripada filem Syurga Cinta.
Sinopsis
memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci.
Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Syuhada.
Setelah berkenalan dengan Syuhada, Irham telah mengenali semula agama Islam. Namun, sikap liar Irham pada masa lampau telah membawa padah kepada dirinya. Percintaan yang dimulakan atas perjudian Irham dengan kawan-kawannya telah mengecewakan Syuhada kerana dia sangka Irham telah berubah. Adakah Irham akan mengenali erti hidup dan cinta yang sebenar?
Pelakon
Pelakon Utama
- Zizan Nin sebagai Irham
- Rafidah Ibrahim sebagai Siti Syuhaida
- Mia Sara Nasuha sebagai Mia
- Intan Ladyana sebagai Xeera
Pelakon Pembantu
- Hafidzuddin Fazil sebagai Tuan Sri Zakaria
- Hamidah Wahab sebagai Puan Sri Mahani
- Rabecca Nur Al Islam sebagai Zarina
- Diana Amir sebagai Yuhanis
- Amylia Natasha sebagai Tasya
- Bob Lokman sebagai Tok Mat
- Sophia Ibrahim sebagai Mak Zah
- Mon Ryanti sebagai Farina
- Kamal Fazril sebagai Alex
- Mozalfa Faisa sebagai Zainal
- Siti Nurfaridah sebagai Zanita
- Mustam Mustafa sebagai Remy
- Suzana Mohd Isa sebagai Datin Linda
- Zul Handy Black sebagai Jasni
Rujukan
| TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Epilog Syurga Cinta | Berikutnya |
| Ilusi | Chinta | |









