Emory Tate | |
---|---|
Fail:Emorytatejr1984.png Emory pada 1984 | |
Nama penuh | Emory Andrew Tate Jr. |
Negara | Amerika Syarikat |
Lahir | 27 Disember 1958 Chicago, Illinois, AS |
Meninggal dunia | 17 Oktober 2015 Milpitas, California, AS | (umur 56)
Pasangan | Eileen Ashleigh (k. 1985; c. 1997)[1] |
Anak-anak | Andrew Tate, Tristan Tate, Janina Tate |
Gelaran | International Master (2007) |
Penilaian puncak | 2413 (FIDE, semasa bersara) 2500+ (April 1997) |
Emory Andrew Tate Jr. (27 Disember 1958 - 17 Oktober 2015) ialah ahli catur Amerika Syarikat yang bergelar International Master. Beliau ialah bapa kepada pempengaruh internet sayap kanan yang terkenal Andrew Tate dan abangnya Tristan Tate.
Kehidupan peribadi
Tate menikah dengan seorang wanita dari Inggeris, Eileen Ashleigh pada 1985. Bersama mereka memiliki tiga orang anak. Andrew Tate, Tristan Tate dan Janina Tate. Kedua bercerai pada 1997, Andrew kecil dipaksa oleh Eileen untuk bermastautin Luton, England. Meninggalkan Emory sendirian di Amerika.
Emory maut ketika menyertai sebuah kejohanan catur kecil di Milpitas, California pada 17 Oktober 2015. Penyebabnya ialah serangan jantung. Grandmaster Maurice Ashley yang merupakan pesaing dan juga sepupunya menyebut bahawa Emory bagi komuniti catur etnik Afro-Amerika adalah "Raja Tanpa Mahkota".[2]
Rujukan
- ^ Warren, Tom; Dahir, Ikran (9 March 2023). "The Untold Story Of Andrew Tate, The Internet's Most Notorious Influencer". BuzzFeed News. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2023. Dicapai pada 22 June 2023.
- ^ Academy, Torres Chess and Music. "Emory Tate Delivers a Legendary Performance at the Fremont Summer Chess Camp". www.prweb.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-09-12.