Eiza González | |
---|---|
![]() Eiza González pada 2013 | |
Kelahiran | Eiza González Reyna 30 Januari 1990 |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2007–kini |
Eiza González Reyna (lahir 30 Januari 1990) ialah seorang pelakon dan penyanyi Mexico. Dia mendapat populariti kerana membintangi sitkom remaja Argentina Nickelodeon Sueña conmigo (2010–2011). Sebagai penyanyi, dia mengeluarkan album Contracorriente (2009) dan Te Acordarás de Mí (2012).
González sejak itu membintangi siri seram Amerika From Dusk till Dawn: The Series (2014–2016), dan filem aksi Baby Driver (2017), Alita: Battle Angel (2019), Bloodshot (2020), dan Ambulance (2022). Pada 2024, dia membintangi siri fiksyen sains 3 Body Problem dan filem komedi aksi The Ministry of Ugentlemanly Warfare.