ECOUNT | |
---|---|
![]() | |
Pembangun | ECOUNT Co., Ltd. |
Pelancaran pertama | 1999 |
Pelantar | Cloud, Cross-platform |
Tersedia dalam | English, Spanish, Korean, Chinese (Simplified and Traditional), Japanese, Vietnamese, Indonesian, and Thai |
Genre | ERP, Inventory management software, Accounting software, Business software, HR and payroll software |
Lesen | Commercial, Proprietary |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
ECOUNT ialah sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) berasaskan awan yang digunakan oleh pelbagai jenis perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).[1] Sistem ini menyediakan platform tunggal untuk mengurus pelbagai operasi syarikat seperti pengurusan inventori, perakaunan, jualan dan pembelian, pengeluaran, serta pengurusan sumber manusia dan penggajian.[2]
Sejarah
ECOUNT Co., Ltd ialah syarikat dari Korea Selatan yang ditubuhkan pada tahun 1999.[3][4] Sistem ECOUNT ERP mula diperkenalkan pada tahun yang sama dan sejak itu terus dikembangkan sebagai sistem ERP berasaskan awan. Cawangan ECOUNT Malaysia mula menawarkan perkhidmatan secara rasmi pada tahun 2017.[5] Ibu pejabat cawangan ini terletak di Kuala Lumpur. Setakat ini, sistem ECOUNT ERP telah digunakan oleh lebih daripada 80,000 syarikat di seluruh dunia.[1] ECOUNT juga mempunyai kehadiran antarabangsa melalui pejabat di Korea Selatan, China, Vietnam, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina dan Malaysia.[6]
Ciri-ciri Sistem
Sistem ECOUNT ERP merangkumi beberapa modul asas seperti:[7]
- Inventori: Merekod dan memantau pergerakan stok masuk dan keluar, serta menyemak baki stok mengikut lokasi atau gudang.
- Perakaunan: Menyediakan kemudahan untuk merekod aliran tunai, mengurus akaun belum terima (AR) dan akaun belum bayar (AP), serta menghasilkan laporan kewangan.
- Jualan dan Pembelian: Digunakan untuk merekod transaksi jual beli serta menjana dokumen seperti pesanan pembelian, invois dan nota penghantaran.
- Pengurusan Pembuatan: Merekod penggunaan bahan mentah, pengeluaran produk siap dan pengurusan bahan rosak.
- Sumber Manusia dan Penggajian: Merekod maklumat pekerja, pengiraan gaji, potongan serta masa kehadiran.
Rujukan
- ^ a b Chung, Hye-lim (9 June 2025). "Ecount melepasi 80,000 pelanggan korporat, menyasarkan 100,000 menjelang 2027 [Ecount surpasses 80,000 corporate clients, eyes 100,000 by 2027]". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-13.
- ^ Phương Dung (12 July 2024). "Trend penggunaan ERP berasaskan awan dalam perusahaan Vietnam [Xu hướng ứng dụng ERP nền tảng đám mây trong doanh nghiệp Việt Nam]". VietNamNet. Dicapai pada 2025-08-13.
- ^ 임초롱 (24 September 2019). "MOU antara KB Kookmin Bank dan ECOUNT untuk menghubungkan ERP pengurusan perniagaan PKS dengan platform kewangan [KB국민銀-㈜이카운트, 中企 경영관리ERP와 금융플랫폼 연계 활성화 위한 MOU]". 아시아투데이 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2025-08-13.
- ^ "Ecount ERP System Sdn. Bhd. – Pemenang Anugerah Perniagaan Asia Tenggara 2022 [Ecount ERP System Sdn. Bhd. (2022 Winner: South East Asia Business Awards)]". APAC Insider (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-13.
- ^ 이세연 (16 June 2017). "ECOUNT menubuhkan anak syarikat di Malaysia, mempercepatkan penembusan pasaran Asia Tenggara [이카운트, 말레이시아 현지 법인 설립.. '동남아 공략 가속화']". 국민일보 (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2025-08-13.
- ^ "ECOUNT akan diperbadankan di Uzbekistan, mengembangkan ke Asia Tengah [ECOUNT to incorporate in Uzbekistan, expanding into Central Asia]". The Chosun Daily (dalam bahasa Inggeris). 11 June 2025. Dicapai pada 2025-08-13.
- ^ ECOUNT. "Sistem ERP berasaskan awan dengan harga RM200 sebulan | ECOUNT ERP [Cloud-based ERP system for RM200 per month | ECOUNT ERP]". www.ecount.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-13.