Rencana ini menerangkan hal semasa. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (2025-11-4) |
| Tarikh | 27 Oktober 2025 |
|---|---|
| Lokasi | Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia |
Kes pengelaran di Parit Raja 2025 merupakan satu kes pengelaran di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia pada 27 Oktober 2025, di mana seorang kanak-kanak berumur 6 tahun dikelar oleh abangnya yang berumur 9 tahun.[1] Siasatan awal kes mendapati abang mangsa bermain dalam platform permainan video Roblox secara berlebihan dan berjaya mengumpulkan satu juta point dalam permainan. Mangsa dipercayai merosakkan telefon bimbit abangnya, menyebabkan point yang telah dikumpulkan hilang. Hasil soal siasat yang dibuat terhadap abang mangsa menunjukkan bahawa abang mangsa berkemungkinan mengalami kesan daripada permainan, seperti halusinasi pada waktu malam dan seolah-olah disuruh untuk mencederakan ahli keluarga. [2]
Rujukan
- ^ "Budak 6 tahun parah dikelar". Harian Metro. 2025-10-27. Dicapai pada 2025-11-04.
- ^ "Adik hilangkan 1 juta point Roblox punca dikelar". Kosmo!. 2025-10-30. Dicapai pada 2025-11-04.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.








