Detik ialah sebuah telefilem drama web Malaysia 2024 arahan Khalid Nadzri terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Sharifah Rose, Sherry Ibrahim, Izzue Islam dan Fabian Loo. Telefilem drama ini memulakan tayangan perdana pada 14 Februari 2024 di Tonton.
Detik | |
---|---|
Ditulis oleh | MF Kencana |
Pengarah | Khalid Nadzri |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Wan Nur Syafiqa Wan Zamri |
Penerbit |
|
Penyunting | Inrich Studio
|
Tempoh siaran | 87 minit |
Syarikat penerbitan | Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Tonton |
Tayangan ulang di | TV3 (Slot Cereka Ahad) 8 Jun 2025 |
Siaran asal |
|
Sinopsis
Kisah pengembaraan masa yang membawa Irdina (Sharifah Rose) kembali ke zaman silamnya 10 tahun yang lalu selepas menemui satu komputer lama milik seorang profesor.
Irdina membeli sebuah rumah lelong yang telah ditinggalkan hampir 5 tahun lalu. Menurut jiran di situ, rumah tersebut merupakan milik seorang Profesor bernama Aida (Sherry Ibrahim) yang telah meninggal dunia pada tahun 2017.
Suatu hari, Irdina terjumpa sebuah pintu rahsia. Di dalamnya merupakan sebuah bilik dengan peralatan teknologi yang membolehkan seseorang memasuki ke tahun 2013.
Irdina hanya perlu memilih tarikh dan mesin itu akan membawanya ke waktu tersebut. Dia sangat teruja kerana dapat menukar sejarah dan ingin mengubah kisah cintanya sendiri.
Berkesempatan bertemu dengan Profesor Aida, dia telah memberi amaran kepada Irdina agar jangan sesekali mengubah sejarah. Apabila Irdina berbuat demikian, semuanya jadi hura-hara!
Pelakon
- Sharifah Rose sebagai Irdina
- Sherry Ibrahim sebagai Prof. Aida
- Izzue Islam sebagai Amran
- Fabian Loo sebagai Fikri
- Halim Radzi sebagai Nik Abu
- Amyza Aznan sebagai Ibu Irdina
- Roy Azman sebagai Ayah Irdina
- Kitt Poon sebagai Dr. Psikiatri
- Yahya bin Kulop sebagai Pok Muda Seri