Desa KEDA Sungai Kechil IIir
Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1990 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Sungai Kechil Ilir merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada awal tahun 1990an .Pada tahun 1997 penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 60 buah rumah dan memberi manfaat kepada 295 orang penduduk Daerah Bandar Baharu Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Desa KEDA Sungai Kechil IIir dibuka selepas tahun 1997 dan bertujuan untuk membantu individu yang masih tidak mempunyai sebarang rumah untuk memiliki rumah sendiri dibawah bantuan kerajaan.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Sungai Kechil Ilir |
| Mukim | Sungai Kechil Ilir |
| DUN | Bandar Baharu |
| Parlimen | Kulim-Bandar Baharu |
| Daerah | Bandar Baharu |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Sungai Kechil Ilir ini terletak di Mukim Sungai Kechil Ilir dalam Daerah Bandar Baharu, Kedah. Jarak Desa KEDA Sungai Kechil Ilir dari Pekan Serdang ialah 12km.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 9, Bandar Baharu yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Sungai Kechil Ilir. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sungai Kechil Ilir
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Sungai Kechil Ilir bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut :
| Jawatan | Penyandang |
| Pengerusi | ABDUL RAHIM BIN BAHAK |
| Timbalan Pengerusi | HASNAH BINTI MORAT |
| Setiausaha | NUR SOLEHAH BINTI MAT SAAD |
| Bendahari | ROHANI BINTI TAHIR |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | AZHAR BIN ARSHAD |
| Biro Keselamatan | ZULKIFLY BIN ARIFFIN |
| Biro Pendidikan & Inovasi | RAMAITA BIN MAD NASIR |
| Biro Pengurusan Kewangan | ROSMAFAIZA BINTI MAT SHARIFF |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | MURAD BIN ZAINOL |
| Biro Pembangunan Prasarana | YAHYA BIN IBRAHIM |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | MAT SALLEH BIN NAYAN |
| Biro Kebajikan | JEFRI BIN MAT SHARIFF |
| Biro Hal Ehwal Wanita | ZUNAIDAH BINTI KAMIS |
| Biro Ekonomi | SAIDIN BIN MOHD ISA |
| Biro Agama & Sivik | MOHAMAD NASIR BIN CHE ROS |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Sungai Kechil Ilir adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 295 |
| Jumlah Keluarga | 60 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 143 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 152 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Sungai Kechil IIir adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
| Ijazah / Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 32 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 58 |
| Jumlah | 90 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Sungai Kechil Ilir dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
| <RM530.00 | 7 |
| RM531.00 - RM790.00 | 8 |
| RM791.00 – RM1,319.00 | 76 |
| >RM1,319.00 | 41 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Sungai Kechil IIir ialah sebanyak 7.61 hektar yang merangkumi keseluruhan tapak kediaman seluas 4.09 hektar, bangunan awam 0.56 hektar, tapak IKS 0.8 hektar dan pertanian/penternakan 2.19 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Sungai Kechil IIir adalah seperti berikut:
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
| Kereta | 62 |
| Motosikal | 135 |
| Lori | 0 |
| Van | 0 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap dalam baik pulih/naik taraf 2km dan lampu jalan berjumlah 33 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam/Bekalan Air Swasta/ Bekalan Air Alternatif merangkumi semua rumah iaitu 60 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman sebanyak 60 buah rumah.Tandas Sanitasi dilengkapi rumah tandas, mangkuk tandas dan slab, paip peyambung outlet, tangka najis/septik dan bekalan air bagi setiap rumah yang ada.
Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang memuaskan. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Sungai Kechik IIir dilengkapi surau 1 buah, perpustakaan/pusat sumber 1 buah, pusat ICT/komputer 1 buah, bilik gerakan 1 buah, dewan Serbaguna/dewan orang ramai 1 buah dan Padang bola 1 buah.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Sungai Kechil Ilir adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 3 (L) / 3 (W) |
| Bapa Tunggal | 4 |
| Ibu Tunggal | 16 |
| Anak Yatim | 6 |









