Latar Belakang
Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.
Desa KEDA Gulau merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1990. Pada tahun 1998, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 110 buah rumah dan memberi manfaat kepada 450 orang penduduk Daerah Sik Negeri Kedah.
Sejarah Kampung
Desa KEDA Gulau asal nama ini di ambil sempena dengan terdapatnya Pokok Gulau semasa pembukaan kampung ini suatu ketika dulu. Sehingga hari ini ia kekal dengan nama Desa KEDA Gulau.
Info Desa
| Nama Desa | Desa KEDA Gulau |
|---|---|
| Mukim | Sok |
| DUN | Belantek |
| Parlimen | Sik |
| Daerah | Sik |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
Geografi
Desa KEDA Gulau merupakan sebuah kampung yang terletak di Mukim Belantek, Sik dalam negeri Kedah Darul Aman. Terletak 28km dari Pekan Sik.
Kepimpinan
Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 4, Sik yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Gulau. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Gulau
Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Gulau bagi sesi 2024/2026 adalah seperti berikut:
| Jawatan | Penyandang |
|---|---|
| Pengerusi | Omar bin Ahmad |
| Timbalan Pengerusi | Mohd Azhar bin Ali |
| Setiausaha | Mohd Azlan bin Daud |
| Bendahari | Bahari Bin Che Mat |
| Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan | Hamidah binti Ismail |
| Biro Keselamatan | Razak bin Wahab |
| Biro Pendidikan & Inovasi | Rogayah binti Talib |
| Biro Sosial & Kebudayaan | Faridah binti Hassan |
| Biro Belia, Sukan & Rekreasi | Mohamad Saiful Amri bin Mokhtar |
| Biro Pembangunan Prasarana | Zarina binti Abu Bakar |
| Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi | Siti Zaharah binti Ibrahim |
| Biro Kebajikan | Mazlan bin Harun |
| Biro Hal Ehwal Wanita | Siti Zaharah binti Ibrahim |
| Biro Ekonomi | Mohd Azlan bin Daud |
| Biro Agama & Sivik | Omar bin Ahmad |
Maklumat Penduduk
Maklumat penduduk Desa KEDA Gulau adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
|---|---|
| Jumlah Keseluruhan Penduduk | 349 |
| Jumlah Keluarga | 93 |
| Bilangan Penduduk Lelaki | 165 |
| Bilangan Penduduk Perempuan | 184 |
Pendidikan
Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Gulau adalah seperti berikut:
| Kelulusan | Bilangan (Orang) |
|---|---|
| Ijazah/ Diploma/ Sijil Kemahiran Bertauliah | 41 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | 47 |
| Jumlah | 88 |
Pendapatan Kasar Isi Rumah
Penduduk Desa KEDA Gulau dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:
| Purata Pendapatan (RM) | Bilangan Penduduk (Orang) |
|---|---|
| <RM530.00 | 5 |
| RM531.00 - RM790.00 | 20 |
| RM791.00 - RM1,319.00 | 61 |
| >RM1,319.00 | 10 |
Kegunaan Tanah
Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Gulau ialah sebanyak 6.904 hektar yang merangkumi tapak kediaman seluas 5.857 hektar, bangunan awam/masyarakat 0.387 hektar, kawasan lapang 0.66 hektar dan lain-lain 1.25 hektar.
Hak Milik Penduduk
Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Gulau adalah seperti berikut:
| Jenis Kenderaan | Bilangan (Unit) |
|---|---|
| Kereta | 110 |
| Motosikal | 168 |
| Lori | 4 |
| Van | 1 |
| Motorbot | 1 |
Kemudahan Asas
Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 1.9 km. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 78 buah rumah manakala sistem bekalan air alternatif sebanyak 15 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman sebanyak 93 orang buah rumah. Sistem pembentungan menggunakan tandas sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas, mangkuk tandas, slab, paip penyambung outlet, tangki najis/septik dan bekalan air bagi setiap rumah.
Dari segi capaian/akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan kurang baik.
Dari segi infra, Desa KEDA Gulau dilengkapi surau 1 buah, Pusat ICT 1 buah, Bilik Gerakan 1 buah dan 1 lot permainan kanak-kanak.
Golongan Khas
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Gulau adalah seperti berikut:
| Perkara | Bilangan (Orang) |
|---|---|
| Orang Kurang Upaya (OKU) | 4(L) |
| Bapa Tunggal | 0 |
| Ibu Tunggal | 0 |
| Anak Yatim | 0 |








