Kosa Besar Biasa | |
---|---|
Di Victoria, Australia. | |
Pengelasan saintifik | |
Templat taksonomi hilang (baiki): | Phalacrocorax |
Spesies: | Templat:Taxonomy/PhalacrocoraxP. carbo
|
Nama binomial | |
Phalacrocorax carbo | |
Global map of eBird reports of the great cormorant Year-Round Range Summer Range Winter Range | |
Sinonim | |
Pelecanus carbo Linnaeus, 1758 |
Kosa Besar Biasa | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
| |
sinensis |
Kosa Besar Biasa atau Burung Dendang Air (bahasa Inggeris: "Great Cormorant") merupakan salah satu daripada burung yang terdapat di Malaysia serta di pantai Atlantik Amerika Utara. Ia juga dikenali sebagai burung Pependang Air. Burung ini merupakan spesies yang amat biasa dan terlalu banyak. Nama sainsnya Phalacrocorax carbo sinensis. [2], [3]
Ciri-ciri
Burung Dendang Air merupakan burung hitam yang besar. Panjangnya dikalangan 77 hingga 94 sentimeter dengan rentang sayap selebar 121-149 sentimeter. Burung ini mempunyai ekor yang panjang serta tompok kuning di kerongkong. Burung dewasa mempunyai tompok putih di paha pada musim pembiakan.
Burung Dendang Air adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.
Jantung Burung Dendang Air terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Makanan
Burung Dedang Air makan pelbagai ikan di laut, muara, tasik air tawar dan sungai. Walaupun burung ini boleh menyelam, ia biasanya makan di kawasan air yang cetek. Di United Kingdom, burung ini didapati menyelam selama 20-30 saat, dengan masa pemulihan selama satu pertiga masa penyelaman.
Pelbagai gambaran dan bulu pelepah
-
Austins Ferry, Tasmania, Australia
-
Pelepah mengawan sedang terbangdi Barat daya Queensland, Australia
-
Koloni Dendang Air di Juodkrantė, Lithiuania, dan kerosakan pada pokok bersarang.
-
Mengering sayap, Tasmania, Australia
-
Terbang di tebing muara Sungai Mawddach, Wales
-
Berehat di tebing Terusan Albert, Belgium
-
Phalacrocorax carbo
-
Museum specimen
Pembiakan
Burung Dendang Air membiak khususnya di pantai-pantai, cenuram-cenuram dan pokok-pokok yang kemudian dibunuh oleh tahi burung ini. 3-4 telur dihasilkan dalam sarang rumpai laut ataupun ranting-ranting kering.
Perlindungan
Burung Dendang Air merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia.
Rujukan
- ^ "Phalacrocorax carbo". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. 2012. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Kamus Dewan. Iskandar (Teuku.) Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 - Malay language - 1366 pages
- ^ AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 )
JADUAL 3
Pautan luar
Senarai burung | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |