| Maklumat am | |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Pertubuhan |
| Perkhidmatan |
|
| Bidang | Ruqyah, faith healing |
| Tapak web | www |
| Sejarah | |
| Ditubuhkan | 17 April 1988 |
| Pengasas | Haron Din |
| Pengurusan | |
| Pengerusi | Haji Abdul Rahman Ahmad |
| Timbalan Pengerusi | Abdul Rahman Nawas |
| Setiausaha Agung | Hajah Salwa Haron |
| Bendahari | Haji Ahmad Faeiz Mohd Bahrim |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia |
| Lokasi | |
| Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Darussyifa' (Jawi: دار الشفاء) atau nama rasminya Persatuan Perubatan, Pengubatan Dan Kebajikan Islam Malaysia ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang berteraskan perubatan dan pengubatan alternatif kaedah Islam yang diasaskan pada 17 April 1988[1] oleh pengasasnya Dato' Dr Haron Din[2].
Darusssyifa' menawarkan perubatan alternatif menerusi pembukaan pusat rawatan Islam di seluruh Malaysia[3][4]. Darussyifa' juga menawarkan kuliah pengajian perubatan dan pengubatan Islam[5].
Darussyifa' ialah organisasi yang dilesenkan di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) untuk menyediakan perkhidmatan perubatan Islam komplementari di Malaysia.[6]
Rujukan
- ^ "Darussyifa' Anjur Majlis Tahlil, Bacaan Yasin Untuk Haron Din". mStar. 16 September 2016. Dicapai pada 5 Julai 2023.
- ^ Kohilah Sekaran (16 September 2016). "6 fakta penting kaitan Dr Haron Din dan Darussyifa". Astro Awani. Dicapai pada 5 Julai 2023.
- ^ Izra Abdul Rahman (30 Mac 2017). ""Ada Lagi Yang Datang Tanya Tok Guru Haron" - Pengerusi Darussyifa". mStar. Dicapai pada 5 Julai 2023.
- ^ Latifah Arifin (30 Mac 2018). "Sedia pusat rawatan alternatif percuma". Berita Harian. Dicapai pada 5 Julai 2023.
- ^ "JAKIM KOMITED BANTERAS 'TOK BOMOH' ATAU USTAZ PALSU". Alhijrah News. 1 Oktober 2020. Dicapai pada 5 Julai 2023.
- ^ "Sokongan Kerohanian Islamik (kerjasama dengan Darussyifa')". Prudential BSN Takaful. Dicapai pada 5 Julai 2023.









