Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Status | Masih dikurniakan |
Yang di-Pertuan Besar | Tuanku Muhriz |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Kerabat Yam Tuan Raden |
Lebih rendah | Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz |
S.U.N.S. / S.S.N.S. / D.P.N.S. / D.N.S. A.N.S. Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati adalah Darjah kebesaran negeri Negeri Sembilan dari kumpulan kedua tertinggi selepas Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Mulia. Terdapat enam pangkat bagi kumpulan darjah kebesaran ini.[1]
Senarai
Pangkat Pertama
- Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.U.N.S)
Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' Seri Utama bagi lelaki dan wanita. Isteri penerima pula bergelar Datin Seri Utama. Tiada gelaran bagi suami penerima.
Pangkat Kedua
- Darjah Seri Setia Negeri Sembilan (S.S.N.S)
Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' Seri bagi lelaki dan wanita. Isteri penerima pula bergelar Datin Seri. Tiada gelaran bagi suami penerima.
Pangkat Ketiga
- Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.)
Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' bagi lelaki dan wanita. Isteri penerima pula bergelar Datin. Tiada gelaran bagi suami penerima.
Pangkat Keempat
- Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.)
Penerima darjah kebesaran ini ini membawa gelaran Dato' dan isteri bergelar Datin.
Pangkat Kelima
- Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S.)
Penerima tidak membawa sebarang gelaran.
Pangkat Keenam
- Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.)
Penerima tidak membawa sebarang gelaran.