Dajal: Satu Malam Dipedajal | |
---|---|
Pengarah | Pierre Andre |
Penulis | Pierre Andre |
Dihasilkan oleh | David Teo |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Mohd Sharizad Saad |
Muzik oleh | Donald Bangkong |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Metrowealth |
Tarikh tayangan | 6 Februari 2025 |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM880 ribu |
Dajal: Satu Malam Dipedajal (atau dikenali sebagai Night of Deception) merupakan sebuah filem seram Malaysia 2025 yang ditulis dan diarahkan oleh Pierre Andre dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures serta edaran bersama MIG Beats Sdn Bhd. Filem yang dibintangi oleh Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan dan Jay Iswazir ini mengisahkan dua sahabat bekerja sebagai Post Traumatic Cleaner menerima tugasan membersihkan rumah usang yang penuh misteri.
Filem ini mula ditayangkan pada 6 Februari 2025 di seluruh pawagam Malaysia dan mendapat ulasan yang berbeza dari pengkritik di IMDb
Sinopsis
Dua sahabat bekerja sebagai tukang cuci yang kerjanya membersihkan rumah atau tempat mayat ditemui. Pada suatu hari, mereka ditugaskan untuk membersihkan sebuah rumah yang terdapat tiga mayat di dalamnya. Tugas mereka adalah membersihkan mayat yang telah reput. Apabila mereka tiba di sana, mereka mendapati bahawa terdapat perkara aneh berlaku dan kemudian mereka menemui sebuah buku aneh. Dan ada pulu-pulu menyerang mereka
Pelakon
- Amir Nafis sebagai Mirul/Luqman
- Bidin Al Zaifa sebagai Fendi
- Khatijah Tan sebagai Ibu Laila
- Jay Iswazir sebagai Adam
- Jaja Iliyes sebagai Maisara
- Da'i Syed sebagai Ustaz Isyak
- Hanna Halim sebagai Lisa
- Dai Fuad sebagai Lelaki Kepala Kapak
- Arfa Danish sebagai Kepala Kambing
- Sarah Monika sebagai Isteri Ustaz Isyak
- Aisha Andre sebagai Aisha
- Norazlina Ismail sebagai Mak Cik Cleaner
- Nurul Shahida Abd Rahman sebagai Nurul Receptionist 1
- Mazli Razali sebagai Receptionist 2
Penerbitan
Keluaran
Kontroversi
Filem ini menimbulkan kontroversi dan buah mulut orang ramai kerana penggunaan dajal pada tajuknya, mendakwa ia menggambarkan sifat buruk dan jahat seseorang seperti dipetik daripada kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).[1] Namun beliau menjelaskan bahawa filem ini bukanlah menggambarkan "makhluk" yang menyesatkan manusia di dalam Al-Quran tetapi lebih menceritakan fiksyen dengan elemen seram dan thriller.[2]
Filem ini sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila salah seorang pelakon, Dai Syed ditahan dan dijatuhi hukuman atas dakwaan rogol pada 2020. Pengasas Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, berkata dia memberi peluang kepada Da’i Syed terlibat dalam filem tersebut kerana ketika itu mahkamah masih belum memutuskan selebriti terbabit bersalah. Menurutnya, dia masih belum mengetahui takdir keputusannya, jadi bersalah atau tidak, beliau memberikannya peluang membintangi filem tersebut. Selain itu, beliau mengharap agar filem Dajal: Satu Malam Dipedajal tidak diboikot gara-gara insiden tersebut. Beliau juga mahu penonton bijak menilai lakonan Da'i Syed dari segi lakonannya bukan dari segi peribadi.[3]
Perancangan kesinambungan
Pengakhiran filem ini memberikan tanda tanya kepada penonton dan membangkitkan rasa ingin tahu yang mendalam. Pierre percaya bahawa banyak elemen dalam cerita ini masih belum diterokai sepenuhnya, termasuk hubungan antara watak-watak, misteri di sebalik rumah, serta pengaruh ritual yang digambarkan, “Semua ini akan terjawab dalam prekuel atau sekuel filem ini nanti, Insya-Allah, jika ada rezeki,” kata Pierre.[4]
Rujukan
Pautan luar
- Dajal: Satu Malam Dipedajal di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Dajal: Satu Malam Dipedajal di YouTube
- ^ "'Pierre sedia berdepan kontroversi filem Dajal: Satu Malam Dipedajal". Berita Harian. 15 Julai 2024. Dicapai pada 5 June 2025.
- ^ "'Filem Dajal: Satu Malam Dipedajal-Naskah terbaik Pierre Andre?". broframestone.com/. 6 Februari 2025. Dicapai pada 5 June 2025.
- ^ "'MIG harap Dajal: Satu Malam diPedajal tak diboikot gara-gara Da'i Syed". malaysiakini. 26 September 2024. Dicapai pada 15 June 2025. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ "'Filem Dajal: Satu Malam diPedajal, gantung penonton dengan tanda tanya". max info. 7 Februari 2025. Dicapai pada 15 June 2025. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan)