Daerah Kuching | |
---|---|
![]() | |
Koordinat: 1°33′40″N 110°20′30″E / 1.561111°N 110.341667°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Bahagian Kuching |
Pusat pentadbiran | Kuching |
Pihak berkuasa tempatan | |
Pentadbiran | |
• Pegawai daerah | Sofhi Haji Jebal |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,498 km2 (578 batu persegi) |
Penduduk (2024) | |
• Jumlah | 315,716 |
• Kepadatan | 210/km2 (550/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 93xxxx 94xxxx |
Kuching merupakan sebuah daerah pentadbiran yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandaraya Kuching, yang juga merupakan pusat pentadbiran bagi Bahagian Kuching dan wilayah Sarawak.
Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 1,498 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 315,716 orang pada tahun 2024.[1] Daerah ini juga merupakan daerah paling ramai penduduk dan paling padat di Sarawak.
Daerah Kuching terbahagi kepada empat kawasan mukim bandar, iaitu :
- Ibu Kota Kuching
- Petra Jaya
- Sejingkat
- Matang
Pentadbiran
Daerah Kuching terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kuching yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Kuching. Terdapat dua pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.
Politik
Daerah Kuching diletakkan di bawah lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada dalam tiga kawasan Parlimen iaitu:
- Santubong (P193)
- Pantai Damai (N04)
- Demak Laut (N05)
- Petra Jaya (P194)
- Bandar Kuching (P195)
- Padungan (N09)
- Pending (N10)
- Batu Lintang (N11)
Geografi

Daerah Kuching terletak di barat negeri Sarawak, dan di timur bahagian Kuching. Daerah Kuching bersempadan dengan daerah Asajaya di timur laut, daerah Samarahan dan Siburan di timur, daerah Tebedu di tenggara, daerah Bau dan Lundu di barat serta Laut China Selatan di utara. Daerah ini juga bersempadan antarabangsa dengan Kalimantan Barat, Indonesia di selatan.
Daerah Kuching mempunyai keluasan kira-kira 1,498 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 1,235 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar. Terdapat juga beberapa kawasan di hujung selatan dan utara daerah ini yang merupakan kawasan yang sedikit tinggi dan berbukit.
Di daerah ini terdapat beberapa taman negara seperti Taman Negara Santubong yang terletak di Semenanjung Dumai, Taman Negara Bako dan Taman Negara Tanah Lembap Kuching.
Demografi penduduk
Populasi penduduk di Daerah Kuching
• Ibu Kota Kuching
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 149,801 | Melayu | 64,835 |
2 | Cina | 51,942 | ||
3 | Iban | 18,076 | ||
4 | Hindu | 10,397 | ||
5 | Bidayuh | 4,380 | ||
6 | Orang Ulu | 112 | ||
7 | Melanau | 40 | ||
8 | Lain-lain etnik | 19 | ||
9 | Warganegara asing | 8,348 | Indonesia | 5,822 |
10 | Brunei Darussalam | 1,930 | ||
11 | Pakistan | 280 | ||
12 | Lain-lain negara | 316 |
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 79,442 | Melayu | 38,760 |
2 | Cina | 25,918 | ||
3 | Iban | 14,102 | ||
4 | Hindu | 480 | ||
5 | Bidayuh | 154 | ||
6 | Orang Ulu | 28 | ||
7 | Melanau | – | ||
8 | Lain-lain etnik | – | ||
9 | Warganegara asing | 935 | Indonesia | 915 |
10 | Brunei Darussalam | – | ||
11 | Pakistan | – | ||
12 | Lain-lain negara | 20 |
• Sejingkat
No. | Kategori | Jumlah (orang) | Etnik | Jumlah (orang) |
---|---|---|---|---|
1 | Warganegara Malaysia | 48,653 | Melayu | 28,393 |
2 | Cina | 15,840 | ||
3 | Iban | 4,175 | ||
4 | Hindu | 162 | ||
5 | Bidayuh | 70 | ||
6 | Orang Ulu | 13 | ||
7 | Melanau | – | ||
8 | Lain-lain etnik | – | ||
9 | Warganegara asing | 6,934 | Indonesia | 6,370 |
10 | Brunei Darussalam | – | ||
11 | Pakistan | – | ||
12 | Lain-lain negara | 564 |
Agama di kawasan Daerah Kuching
Kemudahan

Daerah Kuching merupakan sebuah daerah di kawasan bandar dengan fasiliti kemudahan yang lengkap. Dari segi fasiliti pendidikan, daerah ini mempunyai 188 buah sekolah yang diletakkan di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Pejabat Pendidikan Daerah Padawan. Dari segi fasiliti kesihatan, daerah ini mempunyai empat hospital kerajaan iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Petra Jaya, Hospital Psikiatrik Sentosa dan Hospital Rajah Charles Brooke Memorial serta lima hospital swasta. Daerah ini juga mempunyai 22 balai polis dan empat balai bomba.[2]
Lihat juga
- Daerah Padawan
- Daerah Bau
- Daerah Lundu
- Daerah Samarahan
- Daerah Kecil Siburan
- Daerah Serian
- Daerah Sri Aman
Rujukan
- ^ Malaysia, Department of Statistics. "Kuching Kawasanku | OpenDOSM". open.dosm.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-12.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama:12
Pautan luar
- Laman web rasmi Pejabat Daerah Kuching Diarkibkan 2010-02-04 di Wayback Machine