DIA | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Daya Inspirasi Alam |
Asal | Malaysia ![]() |
Genre | Rock kapak, slow rock, hard rock, heavy metal, balada |
Kegiatan berkaitan | Berkumpulan, Ahmad Nawab |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
DIA (singkatan bagi "Daya Inspirasi Alam") merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif pada era 90an. Kumpulan yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Latar belakang
DIA ditubuhkan seawal tahun 1990 di Seremban dengan keseluruhan barisan keanggotaannya menampilkan Manap@Niff selaku penyanyi, Omar Akira selaku pemain gitar utama, Pok Ngah selaku pemain gitar kedua, Alias@Yass di posisi pemain bes dan Amat Cina@Mike di posisi pemain dram, seiiring dengan kemeriahan suasana muzik rock di Negeri Sembilan pada waktu itu. Kesemua ahlinya merupakan anak jati Negeri Sembilan kecuali Omar yang berasal dari Segamat, Johor, di samping pernah menabur bakti sebagai anggota kumpulan dari kampung halamannya iaitu Naja (juga dikenali sebagai Burnmarks).
DIA seterusnya bernaung di bawah Nawab Productions (NP) milik komposer Allahyarham Ahmad Nawab, setelah pertama kali dipertemukan oleh pengurus mereka, Suhaimi, sekaligus menjadikan mereka kumpulan rock Seremban yang kedua di bawah payung NP selepas Laksamana. Kerja-kerja rakaman untuk album pertama (merangkap tunggal) mereka, Mencari Permata Hati, bermula pada tahun 1991, dan dilancarkan setahun kemudian di bawah label LIFE Records, dan Nasir Ahmad Nawab berperanan sebagai penerbit. Berbeza dengan Laksamana, DIA mencipta dan merakam sendiri kesemua lagu dalam album mereka.
Susulan kurangnya promosi untuk album Mencari Permata Hati dan tiada tawaran untuk menyambung kontrak bagi sesi rakaman album studio kedua, akhirnya kesemua anggota DIA mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Omar dan Mike dipelawa oleh Laksamana sebagai sessionist dalam pembikinan album kedua mereka, Resah, yang akhirnya juga menerima nasib malang di mana ia tidak dapat menyaingi rekod jualan album mereka yang terdahulu, Syukur (1991).
Pembentukan semula
DIA dibentuk semula pada tahun 2024, dibarisi oleh Syazmer selaku teraju utama, Omar Akira selaku ahli asal di posisi pemain gitar utama, Isa di posisi pemain bes dan Amir selaku pemain dram.
Keahlian
Berikut adalah perkembangan barisan keanggotaan DIA sejak awal penubuhan sehingga kini.
DIA 1990–1992
- Niff - vokal
- Omar Akira - gitar utama
- Pok Ngah - gitar kedua
- Yass - bes
- Mike - dram
DIA 2024–kini
- Syazmer - vokal
- Omar Akira - gitar utama
- Isa - bes
- Amir - dram
Diskografi
Album studio
- Mencari Permata Hati (Life Records, 1992)
Runut
1. "Mencari Permata Hati"
2. "Pencarian"
3. "Intanku Mengertilah"
4. "Engkau Segalanya"
5. "Gugurnya Kasih"
6. "Medusa Cintaku"
7. "Berita Gempar"
8. "Cinta Lama"
9. "Dialah Arjuna Hati"
10. "Ukiran Kenangan"