Colleen Renee LaRose | |
---|---|
Status | Dalam penjara di Philadelphia, Pennsylvania (menanti perbicaraan 3 Mei 2010) |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Nama lain | JihadJane; Fatima LaRose |
Ibu bapa | Cecil Wilkinson (bapa angkat) |
Motif | Jihad |
Pertuduhan jenayah | 1) konspirasi memberi sokongan bahan kepda pengganas; 2) konspirasi membunuh seseorang di negara asing; 3) membuat penyataan palsu kepada FBI; and 4) mencuba mencuri identiti (dibuka 9 Mac 2010)[1][2] |
Colleen Renee LaRose (lahir 5 Jun 1963, di Michigan) yang juga menggunakan nama samaran JihadJane dan Fatimah LaRose, adalah seorang wanita dari Pennsburg di Montgomery County, Pennsylvania, pinggir Philadelphia.
Pada 9 Mac 2010, dia didakwa merekrut pengganas Islam secara dalam talian, upah jihad dan merancang komplot pembunuhan kartunis Sweden, Lars Vilks.[3]
Latar belakang
Di laman sosial milik beliau di MySpace, banyak gambar-gambar pertumpahan darah dan keganasan di Timur Tengah. Ada mesej seperti "Palestine We Are With You", dan "Bersimpati dengan Gaza". Ada juga beberapa gambar dia dalam pakaian hitam burqa.[3] Dia baru sahaja memeluk Islam.
Pada 20 Jun 2008, dalam YouTube dia menggunakan nama 'JihadJane'. Dia sangat ingin membantu penderitaan umat Islam.[1] Pada Disember 2008, dia menyebut ingin menjadi syahid atas nama Allah dan Islam.[2][3] Rakan Internet menyarankan beliau pergi ke Sweden dan membunuh Lars Vilks.[2]
Pada 23 Ogos 2009, LaRose mencuri pasport teman lelakinya Kurt Gorman dan terbang ke Eropah Barat untuk tinggal dan berlatih dengan para pelaku jihad serta membunuh Vilks.[2] Dia dilaporkan berada di Belanda dan berada di Ireland selama 2 minggu.[4][5]
Tangkapan dan dakwaan
Pada 16 Oktober 2009, LaRose ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia ketika dia kembali dari Eropah. Lokasi penjara dirahsiakan sehingga tarikh dakwaan pada 9 Mac 2010.[4]
Turut ditangkap ialah empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an dan 40-an di Waterford dan Cork, Ireland. Mereka ialah tiga orang Algeria, seorang Croatia, Palestin, seorang Libya, dan warga AS - Jamie Paulin-Ramirez, berasal dari Kansas City, Missouri. Jamie bekas pembantu perubatan daripada Leadville, Colorado, yang telah masuk Islam.[2]
Sebelum ini pada Februari 2010, seorang perempuan lain - Aafia Siddiqui, seorang Muslim Pakistan didakwa disyaki ahli Al-Qaeda. Dia tinggal di Houston dan Boston. Belajar di MIT dan Universiti Brandeis - didakwa di New York City berhubung usaha membunuh tentera AS.[6]
Rujukan
- ^ a b Michael Hinkelman (10 Mac 2010). "Feds: Montco woman led Net death plot". Philadelphia Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-14. Dicapai pada 13 Mac 2010.
- ^ a b c d e "Indictment, U.S. v. LaRose" (PDF). U.S. District Court for the Eastern District of Pennsylvania. 4 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-10-26. Dicapai pada 10 Mac 2010.
- ^ a b c Charlie Savage (9 Mac 2010). "Pennsylvania Woman Tied to Plot on Cartoonist". New York Times. Dicapai pada 13 Mac 2010.
- ^ a b Derrick Nunally (18 Mac 2010). ""JihadJane" said to have confessed". The Philadelphia Inquirer. Dicapai pada 18 Mac 2010. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ ""'Jihad Jane was in Ireland for a fact-finding trip'", Belfast Telegraph, 11 Mac 2010, dicapai 13 Mac 2010". Belfasttelegraph.co.uk. 11 Mac 2010. Dicapai pada 18 Mac 2010.
- ^ "Pennsylvania Woman Charged in Plot to Recruit Jihadists", The Wall Street Journal, 10 Mac 2010, dicapai 13 Mac 2010