"Chow Kit Road! Chow Kit Road!" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Sudirman | ||||
daripada album Lagu Dari Kota | ||||
Dilancarkan | 1981 | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:25 | |||
Syarikat | EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. | |||
Penulis | Sudirman | |||
Penerbit | S. Atan | |||
Kronologi single Sudirman | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Chow Kit Road! Chow Kit Road!"[a] ialah sebuah single yang ditulis dan dinyanyikan sendiri oleh Sudirman. Lagu ini diterbitkan pada 1981 dalam album Lagu Dari Kota.
Liriknya yang sederhana menggambarkan hiruk-pikuk Jalan Chow Kit yang merupakan salah satu lokasi ikonik di Kuala Lumpur; ketika itu, jalan ini terkenal sesak dengan kedai makan, pusat beli-belah dan stesen bas.[1]
Sejarah dan keluaran
Lagu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 15 April 1981 dalam album Lagu Dari Kota. Untuk mempromosikan album baru tersebut, lagu "Chow Kit Road" bersama "Ayah Dan Ibu" telah dikeluarkan sebagai single.[1] Ia menjadi antara single terawal Sudirman dan dikaitkan dengan awal kejayaan beliau dalam dunia muzik.[2]
Sebagai tanda penghargaan, Sudirman telah mengadakan sebuah konsert gergasi di Jalan Chow Kit pada 1986, dengan lagu ini dinyanyikan khas sebagai lagu pembukaan mengiringi lagu-lagu ikonik yang lain.[2][3] Konsert ini dihadiri oleh hampir 100 ribu orang yang berpusu-pusu membanjiri jalan tersebut menjadikan lagu ini dekat di hati rakyat.
Senarai runut
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Chow Kit Road! Chow Kit Road!" | 3:25[perlu rujukan] | |
Catatan
- ^ Juga dikenali sebagai Chow Kit Road, Chow Kit Road atau hanya Chow Kit Road
Rujukan
- ^ a b "Sudir bikin gamat dgn sidang akhbar 'gila2'". Berita Minggu. 26 April 1981. m/s. 7. Dicapai pada 30 September 2018.
- ^ a b Umi Fatehah (8 Februari 2024). "Gemilang seorang Sudir, konsert jalanan di Chow Kit jadi persembahan paling bermakna". Relevan.
- ^ Nicholas Chung (2021). "Malam Sudirman menempa sejarah di Jalan Chow Kit". Free Malaysia Today.