FV4201 Chieftain | |
---|---|
![]() Chieftain semasa demonstrasi (foto diambil di Bovington tank museum, UK) | |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1960s-1990s |
Digunakan oleh | UK, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman |
Perang | Iran-Iraq War, Persian Gulf War |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Vickers Armstrong |
Direka | 1960s |
Pengeluar | Leyland Motors |
Spesifikasi | |
Berat | 55 tan |
Panjang | 10.7m |
Lebar | 3.6m |
Tinggi | 2.9m |
Krew | 4 |
Armor | Glasis: 127mm
Sisi hull: 50mm Menara meriam: 330mm |
Enjin | Leyland L60 MK4A 19 liter 6 silinder 12 piston pelbagai bahan api 2 lejang 750hp (560kW) |
Kuasa/berat | 13.6 hp/t |
Sistem ampaian | Hortmann |
Kelegaan bumi | 0.56m |
Jarak operasi | 500km |

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FV4201 Chieftain adalah sebuah Kereta Kebal Utama (MBT) buatan United Kingdom yang dikeluarkan sejak tahun 1960an. Kereta kebal ini merupakan kereta kebal yang mempunyai laras meriam yang paling besar pada Kereta Kebal Utama (MBT) pada masa itu. Dilengkapi dengan meriam berlaras 120mm Royal Ordinance L11 yang berlaras berbeza dengan kereta kebal utama kontemporari yang lain seperti T-62 dan T-64 yang menggunakan Meriam laras licin atau Smoothbore gun.
Dibangunkan daripada Kereta Kebal Utama Centurion. Kereta kebal ini merupakan tindakan akibat pemodenan kereta kebal Kesatuan Soviet Sosialis yang telah menjadi semakin maju pada tahun 1960an yang telah menjadikan kereta kebal tersebut menjadi usang.
Pembangunan
FV4201 Chieftain merupakan antara Kereta Kebal Utama yang tergolong didalam garisan pengganti untuk Kereta Kebal Cruiser Crusader yang dibina daripada Kereta Kebal Utama Centurion yang telah menjadi semakin usang ekoran perang dingin dan ancaman daripada pembikinan kereta kebal yang lebih canggih oleh Kesatuan Soviet IS-3 dan T-55. Justeru pihak British telah mereka sebuah Kereta Kebal Berat iaitu dikenali sebagai FV 214 Conqueror yang memiliki meriam yang berkaliber yang besar 120mm L1. Bagaimanapun pihak British mahukan sesuatu yang mengabungkan element seperti meriam yang berkaliber tinggi seperti Kereta Kebal Berat Conqueror dan kelajuan dan kelincahan yang cepat seperti Kereta Kebal Utama Centurion. Hal ini terciptalah sebuah prototaip yang di designasikan sebagai FV4201
Spesifikasi (FV4201 Chieftain Mk11)
Data diperoleh dari https://tankmuseum.org[1]
Ciri-ciri umum
- Jumlah dibina: 4400 buah
- Berat: 55tan
- Panjang: 10.7m
- Lebar: 3.6m
- Tinggi: 2.9m
- Kelajuan: 48km/j (jalan berturap)
- Kelajuan: 35km/j (jalan tanah)
- Kru: 4
Ciri-ciri spesifik
- Perisai: 330mm*
- Jenis perisai: keluli tuang homogen
- Pelindungan NBC/CBRN: ya
- Senjata utama: 120mm Royal Ordinance L11A5
- Elevasi: -10°/20°
- Sistem tembakan: sistem pengukur jarak laser
- Julat tembakan efektif: 1800 - 2600 m
- Julat tembakan maksimum: 3000m
- Julat masa tembakan:: 6 - 8 tembakan seminit
- Senjata kedua sepaksi: 7.62mm L8A1 mesingan
- Senjata kedua: 7.62mm L37A1 mesingan
- Enjin: Leyland L60 MK4A 19 liter 6 silinder 12 piston pelbagai bahan api 2 lejang
- Transmisi: TN12 (separa automatik)
- 6 gear hadapan
- 6 gear undur
- Jarak operasi= 500km
Variasi
- Chieftain ARV
- Chieftain Marksman
- Khalid (Jordan)