Caprice | |
---|---|
Kelahiran | Ariz bin Ramli 25 Julai 1988 |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan |
Pasangan | Farra Inalis Hussni (k. 2021)[1] |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop, Rap |
Alat muzik |
|
Syarikat rakaman | Caprice Records |
Kegiatan berkaitan | Damian Mikhail, Hayad, Rahim Maarof, Annatasha, LM, Ron E. Jones, Ramlah Ram, UNIC, Mira Filzah, Aman RA, Yonnyboii, KING STUNNA |
Ariz Ramli (Jawi: اريز بن راملي; lahir 25 Julai 1988), lebih dikenali sebagai Caprice atau Daddycap, adalah seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi Malaysia.[2] Kebanyakan lagu-lagunya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, "Lenglui" dan "Dem Girls" telah melonjakkan beliau ke aliran arus perdana walaupun ramai yang tidak mengetahui lagu itu sebenarnya.[3] Caprice juga merupakan pengasas bagi aplikasi pendidikan Classruum di bawah Caprice Technologies.[4]
Kontroversi
Aktiviti kemanusiaan ke Gaza
Pada akhir Jun 2021, Caprice bertolak ke Gaza, Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan terhadap para penduduk di sana yang terkesan dengan krisis Israel-Palestin yang menyaksikan serangan udara oleh kedua-dua pihak, dengan mengambil inspirasi daripada agamawan serta dermawan terkemuka negara, Ebit Lew yang melakukan perkara sama sebelumnya. [5] Dalam misi ini, beliau bersama dengan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim yang bertindak sebagai ketua misi.[6]
Walau bagaimanapun, Caprice mencetuskan isu tatkala mendedahkan teguran kepada Ebit Lew atas dakwaan mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di sana untuk menguar-uarkan misi kemanusiaanya berdasarkan dakwaan penduduk Palestin.[7] Selain itu, beliau berkata bahawa rancangannya untuk memasuki Gaza bersama-samanya juga terhalang akibat "campur tangan luar".[8] Isu ini mendapat perhatian seluruh negara termasuk ahli terutama negara dengan seruan agar perdamaian segera tercapai.[9] Walau bagaimanapun, Caprice memohon maaf akibat isu itu, dengan menyatakan bahawa beliau "terlalu beremosi" terhadap situasi di Palestin, dan berkeputusan untuk meneruskan misi berseorangan. [10][11]
Saman dikemukan oleh Anak Datuk K
Pada 18 Ogos 2025, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kepada Caprice agar mengarkibkan 31 hantaran Instagram didakwa berunsur fitnah terhadap usahawan Muhammad Asyraf Khalid. Katanya, tindakan itu menyebabkan beliau dihina serta dibenci masyarakat, selain turut mengheret bapanya dalam pertikaian tersebut. Dalam saman itu, Asyraf turut memohon injunksi bagi menghalang Caprice daripada terus menerbitkan hantaran berbaur fitnah, arahan memadam kandungan berkenaan, permohonan maaf terbuka serta ganti rugi am, teruk dan kos lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Asyraf sebelum ini memfailkan saman mendakwa Caprice menerbitkan 31 hantaran berbaur fitnah antara 30 Julai hingga 2 Ogos lalu yang dikatakan menggambarkan beliau menyalahgunakan wang, kuasa, pengaruh dan kedudukannya sebagai anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. [12]
Diskografi
Rencana ini perlu dikemas kini. |
Single
Tahun | Judul |
---|---|
2007 | "Lenglui" |
2008 | "Dem Girls" |
2009 | "Teman (Valentine Tak Jadi)" |
"Fantasy Girls" | |
2010 | "Tuhan Tolonglah" |
"Pilihanku" | |
"Thinking of You" | |
2012 | "Chikaro" |
2014 | "Wat Lek Wat Peace" |
2017 | "Korang Tak Boleh Blah" |
2019 | "Baby Sayang" (bersama Mira Filzah) |
2021 | "Koyak" (bersama MeerFly) |
"Lai Lah" (bersama MeerFly dan Cherry) |
Rujukan
- ^ Caprice dah kahwin
- ^ Zaidi Mohamad (9 Jun 2018). Saya memang boleh cakap Melayu - Caprice Berita Harian. Dicapai pada 9 Jun 2018.
- ^ Caprice: The misunderstanding inspired me New Straits Times (17 September 2017). Dicapai pada 18 Oktober 2017.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (7 Disember 2017). Jihad cara Caprice mSTAR Online. Dicapai pada 7 Disember 2017.
- ^ Mei Zi, Tan (24 Jun 2021). "Rapper Caprice follows in Ebit Lew's footsteps, embarks on Gaza aid mission (VIDEO)". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ Musa, Nur Huda (17 Julai 2021). "25 hari team Azeez masih belum boleh masuk Gaza". Kosmo!. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ Mohd Azman, Muhammad Zulkarnain (17 Julai 2021). "Ebit Lew, Caprice trending di Twitter". Sinar Harian. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ "Caprice harap hubungan dengan Ebit Lew pulih kembali". Harian Metro. 17 Julai 2021. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ Ahmad Tarmizi, Zakkina Wati (17 Julai 2021). "Damai dan berlapang dada, nasihat menteri kepada Ebit-Caprice". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Julai 2021.
- ^ "Caprice minta maaf, mengaku salah sendiri kerana terlalu beremosi". Astro Awani. 19 Julai 2021. Dicapai pada 20 Julai 2021.
- ^ Abu Bakar, Fathullah (20 Julai 2021). ""Satu hari nanti saya akan banggakan kamu semua…" -Caprice teruskan misi persendirian". Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Julai 2021.
- ^ "Caprice diperintah 'archive' 31 hantaran didakwa fitnah Asyraf Khalid". Buletin TV3. 19 Ogos 2025. Dicapai pada 18 Ogos 2025.