![]() | |||||||||||||||||
Nama lain | Anjing babi Australia | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Australia | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Bull Arab[a] ialah sejenis anjing yang dikembangkan di Australia untuk pemburuan babi hutan dan babi jalang.[2][1][3] Anjing ini dibiakbakakan daripada penyilangan jenis anjing seperti bulterier, great dane, mastif, grehaun, dan anjing penuding berbulu pendek Jerman. Hasilnya ialah anjing bersaiz sederhana hingga besar, berbulu pendek, dan berotot.[2]
Perangai
Bull Arab menggabungkan ciri-ciri yang diingini daripada anjing pemburu bau dan anjing tangkap. Anjing babi Australia digunakan untuk mengesan babi, menarik babi ke tanah, dan menahan babi dengan menggunakan telinga.[4] Baka ini mampu mengesan babi sejauh 4–6 kilometer (2.5–3.7 bt) dengan bau.[1]
Isu kebajikan haiwan
Menurut tempat perlindungan dan pertubuhan kebajikan haiwan, anjing jenis bull Arab dibiakbakakan secara tidak bertanggungjawab, kerap dibuang, dan lebih sukar untuk ditempatkan ke rumah secara bertanggungjawab.[5][6][7] Oleh sebab sekatan ke atas perjanjian perumahan sewa di Queensland yang melarang baka anjing bersaiz lebih besar, banyak baka anjing besar termasuk bull Arab kerap ditinggalkan di negeri itu.[8] RSPCA Australia juga mengaitkan ini dengan peningkatan pemburuan babi, dengan pemburu yang tidak mengembiri haiwan mereka, lalu menghasilkan perinduk yang kerap dibuang.[9]
Risiko serangan
Serangan ke atas haiwan[10][11][12][13][14] dan manusia[15][16][17] telah dikaitkan dengan anjing jenis bull Arab. Majlis Rantauan Mackay melaporkan bahawa anjing pemburu tidak diwakili dalam bilangan lebih besar bagi gigitan anjing berbanding dengan baka anjing lain.[18] Dalam analisis tahun 2022 tentang 682 kecederaan berkaitan dengan gigitan anjing yang dipersembahkan kepada Hospital Kanak-kanak Sydney di New South Wales dari tahun 2010 hingga tahun 2020, tiada gigitan yang dikaitkan dengan bull Arab, tetapi bull Arab tidak pun termasuk dalam kalangan 20 baka paling lazim di New South Wales.[19][20]
Trivia
- Seekor anjing baka ini disebut sebagai anjing pembantu untuk veteran dengan gangguan stres pascatrauma.[21]
Bacaan lanjut
- Orr, Bronwyn Deborah; Malik, Richard; Westman, Mark Edward; Norris, Jacqueline M. (14 Februari 2022). "Seroprevalence of Coxiella burnetii in pig-hunting dogs from north Queensland, Australia" [Seroprevalens Coxiella burnetii pada anjing pemburu babi dari Queensland utara, Australia]. Australian Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 100 (6): 230–235. doi:10.1111/avj.13151. ISSN 1751-0813. PMC 9306716 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 35156193 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 246813418 Check|s2cid=
value (bantuan).
Lihat juga
Catatan
Rujukan
- ^ a b c d Mirfin, Adam (Februari 2013). "Intro to Australia and Bull Arabs" [Pengenalan kepada Australia dan Bull Arab]. Tuskers Magazine (dalam bahasa Inggeris). Tuskers Publishing. m/s. 26.
- ^ a b c Studdert, Virginia P.; Gay, Clive Collins; Blood, Douglas Charles (6 Januari 2012). Saunders Comprehensive Veterinary Dictionary [Kamus Komprehensif Veterinar Saunders] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Edinburgh, United Kingdom: Saunders. m/s. 163. ISBN 9780702047435. OCLC 733916548.
- ^ Harding, Sally (2010). City Dog, Country Dog [Anjing Kota, Anjing Desa] (dalam bahasa Inggeris). Kent Town, Australia Selatan, Australia: Wakefield Press. m/s. 86. ISBN 9781862549159. OCLC 646257333.
- ^ "Policeman's tussle with pig dog pack" [Pergelutan anggota polis dengan kawanan anjing babi]. The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). 25 Mac 1979. m/s. 20.
- ^ Orr, Bronwyn Deborah; Malik, Richard; Norris, Jacqueline M.; Westman, Mark Edward (22 Oktober 2019). "The Welfare of Pig-Hunting Dogs in Australia" [Kebajikan Anjing Pemburu Babi di Australia]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 9 (10): 853. doi:10.3390/ani9100853. ISSN 2076-2615. PMC 6826489. PMID 31652568. S2CID 204909460.
- ^ Pascoe, Ruby (31 Januari 2023). "Urgent plea: animals are being dumped faster than Port Macquarie's Animal Shelter can 'save them'" [Rayuan segera: haiwan sedang dibuang lebih cepat daripada kemampuan Port Macquarie's Animal Shelter untuk 'selamatkan semua'] (dalam bahasa Inggeris). Port Macquarie News. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Cooley, Declan F. (17 Disember 2015). "Most abandoned pig dogs don't make it past the pound" [Kebanyakan anjing babi yang ditinggalkan tidak berjaya lepas kurungan] (dalam bahasa Inggeris). The Courier-Mail. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ "The adorable dogs everyone has forgotten to love" [Anjing comel yang sudah semua lupa sayangi] (dalam bahasa Inggeris). Sunshine Coast Daily. 16 Jun 2014. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Armitage, Mia (11 Januari 2016). "Almost 25,000 animals surrendered to RSPCA Queensland" [Hampir 25,000 haiwan diserahkan kepada RSPCA Queensland] (dalam bahasa Inggeris). Brisbane Times. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ "Dogs mauled 30 sheep" [Anjing baham 30 biri-biri]. Northern Daily Leader (dalam bahasa Inggeris). 20 Mei 2010. m/s. 3.
- ^ "Four sheep dead and 18 injured in dog attack" [Empat biri-biri mati dan 18 cedera dalam serangan anjing] (dalam bahasa Inggeris). Daily Mercury. 6 April 2015. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Houghton, Nick (18 Disember 2013). "Man scared to leave own home after dog attack" [Lelaki takut tinggalkan rumah sendiri selepas serangan anjing] (dalam bahasa Inggeris). Daily Mercury. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Duck, Jaydan (10 April 2014). "Bull Arab put down following deadly dog attack on the Gold Coast" [Bull Arab ditidurkan ikutan serangan anjing maut di Gold Coast] (dalam bahasa Inggeris). myGoldCoast. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2014. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ "Attack dogs euthanised by council" [Anjing penyerang dieutanasia oleh majlis] (dalam bahasa Inggeris). Fraser Coast Chronicle. 26 Februari 2011. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Mitsopoulos, Nadia (19 September 2024). "Four-year-old boy left with 'horrific' facial injuries after mauling by friend's pet dog" [Budak lelaki empat tahun terima kecederaan muka 'mengerikan' selepas dibaham anjing peliharaan kawan] (dalam bahasa Inggeris). ABC News. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Cormack, Lucy; Crawford, Robert (30 Mei 2016). "Two-year-old boy mauled by dog at South Coast home" [Budak lelaki dua tahun dibaham anjing di rumah South Coast] (dalam bahasa Inggeris). The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 17 Mei 2025.
The boy suffered injuries to his head, chest, back and legs when he was bitten by a bull Arab in the front yard of a home [...]
- ^ Hansen, Jane (14 Ogos 2022). "Shock new study shows the effect dog attacks have on families" [Kajian baharu mengejutkan tunjukkan kesan serangan anjing terhadap keluarga] (dalam bahasa Inggeris). The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2022. Dicapai pada 17 Mei 2025.
two-year-old Talan Peters was mauled to death by a Bull Arab dog in Queensland.
- ^ Mortimer, Luke (20 Mac 2017). "Mackay locals just as likely to be attacked by a Jack Russell" [Orang Mackay berkemungkinan sama diserang jack russell juga] (dalam bahasa Inggeris). Daily Mercury. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Sulaiman, Ahmad; Liang, Derek; Gianoutsos, Mark Peter; Moradi, Pouria (28 Februari 2022). "Paediatric dog bite injuries: a 10-year retrospective cohort analysis from Sydney Children's Hospital" [Kecederaan gigitan anjing pediatrik: analisis kohort retrospektif 10 tahun daripada Hospital Kanak-kanak Sydney]. ANZ Journal of Surgery (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 92 (5): 1149–1152. doi:10.1111/ans.17581. ISSN 1445-2197. PMID 35229428 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 247168843 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Kowal, Emily (6 Julai 2024). "Most and least popular dog breeds in NSW revealed" [Baka anjing paling popular dan paling tidak popular di NSW didedahkan] (dalam bahasa Inggeris). The Daily Telegraph. Dicapai pada 17 Mei 2025.
- ^ Nelson, Laura (7 Februari 2016). "An abandoned dog has helped a Gold Coast soldier get his life back" [Anjing ditinggalkan telah bantu askar Gold Coast dapat hidupnya kembali] (dalam bahasa Inggeris). Gold Coast Bulletin. Dicapai pada 17 Mei 2025.