Plaza Bukit Bintang (juga dikenali sebagai BB) yang dibuka pada tahun 1979, ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia. Tapaknya pernah diduduki oleh Bukit Bintang Park, salah sebuah bekas taman hiburan yang pernah wujud di ibu kota; dibuka pada tahun 1932 sebagai Hollywood Park, kemudian diberikan nama Bukit Bintang Park pada tahun 1936 selepas pertukaran hakmilik, dan akhirnya tutup pada 30 Jun 1972 lalu dirobohkan tidak lama kemudian. Satu-satunya penyewa utamanya ialah Metrojaya, yang terletak dalam tingkat tiga.
Plaza BB terkenal kerana beraneka kedainya yang menjual pakaian, jam tangan dan sebagainya. Plaza BB terletak bersebelahan dengan Sungei Wang Plaza, berhampiran dengan Lot 10, Berjaya Times Square, Plaza Imbi, Plaza Low Yat dan Plaza KL, dan juga terletak tidak jauh dari terminal bas Pudu Raya. Plaza BB juga boleh dicapai dengan menaiki monorel ke Imbi atau Bukit Bintang.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Plaza Bukit Bintang |
- (Inggeris) UDA Mall Sdn. Bhd. - Bukit Bintang Plaza.
- (Inggeris) Bukit Bintang Plaza Map.
- (Inggeris) Living in Kuala Lumpur
- (Inggeris) Bukit Bintang Shopping - Where to Shop and What to Buy in Bukit Bintang.
Koordinat: 3°08′44″N 101°42′38″E / 3.1454868°N 101.7106534°E