Bukan Yang Pertama ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2005 arahan Ogy Ahmad Daud terbitan Global Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Elly Mazlein, Haeriyanto Hassan, Roslan Saleh, Liza Othman, Rahimah Rahim, Wan Hanafi Su dan Deasy Miranty. Drama ini memulakan tayangan perdana di TV2 bermula 14 Disember 2005.
Bukan Yang Pertama | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Keluarga Konflik |
Pengarah | Ogy Ahmad Daud |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Hati Berbisik - Siti Nurhaliza |
Lagu penutup | Hati Berbisik - Siti Nurhaliza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Harisan Mohd Shah |
Penerbit | Zaiton Muhd Jiwa |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 Disember 2005 – 2 April 2006 |
Sinopsis
Kamal dan Lia merupakan pasangan kekasih sewaktu menuntut di universiti tempatan sebelum kedua-duanya terputus hubungan apabila Lia terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia setelah bapanya jatuh sakit.
Setelah tamat pengajian Kamal pula bekerja sebagai eksekutif pemasaran dan bekerja satu pejabat dengan Yasmin.
Satu hari, Kamal dan Yasmin mengalami kemalangan setelah pulang bercuti bersama rakan sekerja yang lain mengakibatkan Yasmin lumpuh sementara Kamal buta sebelah mata. Kemalangan itu juga mengakibatkan pertunangan Yasmin dan Azrai terputus apabila Azrai menuduh Yasmin menduakannya. Akibat rasa bersalah, Kamal berkahwin dengan Yasmin.
Sementara itu, Lia yang tertekan dengan kehidupan di Indonesia, kembali semula ke Malaysia dan bekerja sebagai orang gaji di rumah keluarga Yasmin. Oleh kerana dia mempunyai pengalaman menjaga ayahnya yang lumpuh, ibu Yasmin, Puan Seri Azimah meminta Lia bekerja di rumah Yasmin. Lia tidak membantah tanpa mengetahui bahawa suami Yasmin adalah bekas kekasihnya.
Pelakon
- Elly Mazlein sebagai Yasmin
- Haeriyanto Hassan sebagai Kamal
- Deasy Miranty sebagai Lia
- Wan Hanafi Su sebagai Tan Sri Muluk
- Rahimah Rahim sebagai Pn. Sri Azimah
- Liza Othman sebagai Maznah
- Roslan Saleh sebagai Ariffin
- Radhi Khalid sebagai Azrai
- Tania Zainal sebagai Kamelia
- Iqram Dinzly sebagai Habib
- Wan Chik Daud sebagai Mak Aishah
- Mohd. Yusof Harun sebagai Yus
- Azizan Khalid sebagai Ghani
- Siti Umairah sebagai Hani
Pelakon Tambahan
- Yusmanja Entertainment