| Jenis/bentuk sah | Syarikat dagangan awam |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | MYX: 2771 |
| ISIN | MYL2771OO003 |
| Industri | |
| Pendahulu | Boustead & Co. |
| Ditubuhkan | 25 Julai 1960 |
| Pengasas | Edward Boustead |
| Ibu pejabat | Tingkat 28, Menara Boustead, 69, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tokoh penting | Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan[1] Amrin Awaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan / Pengarah Urusan.[2] |
| Bilangan kakitangan | 18,000+ (2017) |
| Syarikat induk | Lembaga Tabung Angkatan Tentera |
| Anak syarikat | Lihat di bawah |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Boustead Holdings Berhad (MYX: 2771) ialah sebuah syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1828 sebagai Boustead & Co. di Singapura oleh Edward Boustead, seorang ahli perniagaan Inggeris. Syarikat itu diperbadankan pada 1961 di bawah bursa saham Kuala Lumpur, Singapura, Shenzhen, dan Shanghai.
Selepas Perang Dunia II, Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaan dari British pada 1957 dan Singapura mengisytiharkan kemerdekaan dari Malaysia pada 1965. Ini menyaksikan Boustead & Co dibahagikan kepada tiga entiti pada tahun 1975, Boustead Plc. di London (kemudian disusun semula sebagai Boustead & Co.), Boustead Holdings Berhad di Malaysia, Boustead Singapore Limited di Singapura, dan Boustead China Co., Ltd. di China.
Pada tahun 2008, Boustead mempunyai 133 anak syarikat di mana 3 syarikat disenaraikan dan 16 syarikat bersekutu, di mana satu disenaraikan. Ia mempunyai jumlah aset melebihi RM8 bilion dan lebih daripada 18,000 pekerja. Pemegang saham utama Boustead hari ini ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Kumpulan Wang Pencen Angkatan Tentera Malaysia. Aktiviti perniagaan Kumpulan Boustead boleh dikategorikan kepada enam bidang utama perniagaan iaitu Ladang, Industri Berat, Hartanah, Kewangan & Pelaburan, Perdagangan dan Pembuatan & Perkhidmatan.
Boustead, melalui anak syarikat Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd., juga merupakan pemegang saham utama BHPetrol rangkaian stesen pengisian semula yang diwarisi dari BP pada tahun 2005 selepas penarikan BP Malaysia Sdn Bhd dari perniagaan runcit petrol Malaysia pada tahun 2004.[3]
Anak syarikat
Perladangan
- Boustead Plantations Berhad
- Boustead Estates Agency Sdn. Bhd.
- Boustead Telok Sengat Sdn. Bhd.
- Boustead Rimba Nilai Sdn. Bhd.
- Boustead Pelita Kanowit Sdn. Bhd.
- Boustead Pelita Tinjar Sdn. Bhd.
- Boustead Gradient Sdn. Bhd.
Hartanah
- Boustead Properties Berhad
- Mutiara Rini Sdn. Bhd.
- Boustead Curve Sdn. Bhd.
- Boustead Hotels and Resorts Sdn. Bhd.
- Boustead Realty Sdn. Bhd.
- Boustead Weld Court Sdn. Bhd.
- Bakti Wira Development Sdn. Bhd.
- Mecuro Properties Sdn. Bhd.
- Asta Canggih Sdn. Bhd.
Farmaseutikal
- Pharmaniaga Berhad
- Pharmaniaga Logistics Sdn. Bhd.
- Pharmaniaga Marketing Sdn. Bhd.
- Pharmaniaga Manufacturing Sdn. Bhd.
- Idaman Pharma Manufacturing Sdn. Bhd.
- Pharmaniaga Life Science Sdn. Bhd.
- Pharmaniaga Research Centre Sdn. Bhd.
- Pharmaniaga Biomedical Sdn. Bhd.
- PT Millennium Pharmacon International
Industri berat
- Boustead Heavy Industries Corporation Berhad
- Boustead Penang Shipyard Sdn. Bhd.
- Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.
- MHS Aviation Berhad
- Boustead Atlas Hall Sdn. Bhd.
- Dominion Defence & Industries Sdn. Bhd.
- BHIC Navaltech Sdn. Bhd.
- Wavemaster Langkawi Yacht Centre Sdn. Bhd.
- BHIC Defence Techservices Sdn. Bhd.
- BHIC Electronics & Technologies Sdn. Bhd.
- Atlas Defence Technology Sdn. Bhd.
Perdagangan dan perindustrian
- UAC Berhad
- Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
- Boustead Engineering Sdn. Bhd.
- Boustead Building Materials Sdn. Bhd.
- Boustead Sissons Paints Sdn. Bhd.
- Boustead Global Trade Network Sdn. Bhd.
- Boustead Petroleum Sdn. Bhd.
Kewangan dan pelaburan
- Boustead Credit Sdn. Bhd.
- Boustead Travel Sdn. Bhd.
- Boustead Shipping Agencies Sdn. Bhd.
- Boustead Cruise Centre Sdn. Bhd.
Universiti swasta
Rujukan
- ^ Khaled Nordin dilantik Pengerusi Boustead Holdings Berhad, Rnggt, Dicapai pada 1 Mei 2020
- ^ Sime Darby Property’s Amrin said to be new Boustead boss, The Edge Dicapai pada 4 April 2019
- ^ Hardy, Alfean (8 January 2004). "BP to pull out of Malaysian petrol sector". energynewsbulletin.net. Dicapai pada 29 January 2016.









