Hadiah Booker | |
---|---|
Fail:The Man Booker Prize 2015 logo.png | |
Nama asli | Booker Prize (en) |
Jenis | Anugerah sastera |
Penerangan | Novel asal terbaik yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di UK |
Penaja | Crankstart Foundation (en) , Man Group (en) |
Lokasi | Guildhall, London, England |
Negara | United Kingdom |
Disampaikan oleh | Man Group |
Kali pertama | 1969 |
Tapak web | |
www | |
sunting · sunting di Wikidata |
Hadiah Man Booker untuk Fiksyen (bahasa Inggeris: The Man Booker Prize for Fiction , dahulunya dikenali sebagai Hadiah Booker-McConnell dan secara ringkasnya digelar Hadiah Booker) merupakan hadiah kesusasteraan yang dianugerahkan setiap tahun kepada novel asal terbaik yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di United Kingdom. Hadiah ini pada mulanya hanya terbuka kepada rakyat dari negara-negara Komanwel, Ireland dan Afrika Selatan serta Zimbabwe kemudiannya; namun kelayakan dibuka kepada semua novel berbahasa Inggeris bermula pada tahun 2014.[1]
Sejarah
Hadiah ini pada asalnya dikenali sebagai Hadiah Booker–McConnell, iaitu dinamakan sempena syarikat Booker, McConnell Ltd yang bertindak sebagai penaja rasmi pada tahun 1968;[2] dan lebih dikenali sebagai "Hadiah Booker" atau "the Booker". Apabila pentadbiran bertukar tangan kepada Yayasan Hadiah Booker pada tahun 2002, Kumpulan Man beralih daripada menyediakan penajaan kepada pelaburan, namun nama "Booker" dikekalkan sebagai sebahagian daripada gelaran rasmi hadiah. Yayasan tersebut merupakan badan amal berdaftar yang bebas dan dibiayai oleh keuntungan Booker Prize Trading Ltd, iaitu sebagai pemegang saham tunggal[3] Pemenang Hadiah Booker pada asalnya menerima £21,000, sebelum dinaikkan kepada £50,000 pada tahun 2002 dibawah tajaan Man Group, menjadikan hadiah ini salah satu hadiah kesusasteraan termahal di dunia.
Pada tahun 1970, Bernice Rubens menjadi penulis wanita pertama yang memenangi Hadiah Booker untuk The Elected Member.[4] Pada asalnya, hadiah ini telah dianugerahkan secara retrospektif kepada buku-buku yang diterbitkan pada tahun sebelum tahun penganugerahan, namun pada tahun 1971, peraturan ini diubah agar penganugerahan diberikan kepada buku yang diterbitkan pada tahun semasa. Hal ini menjadikan buku-buku yang diterbitkan pada tahun 1970 tidak layak dipertimbangkan pada mana-mana tahun penganugerahan. Pada Januari 2010, Yayasan Hadiah Booker mengumumkan anugerah khas yang dikenali sebagai "Lost Man Booker Prize," yang mana pemenang dipilih dari senarai 22 buah novel yang diterbitkan pada tahun 1970.[5]
Alice Munro menerusi The Beggar Maid pernah disenaraipendekkan pada tahun 1980, dan menjadi satu-satunya koleksi cerita pendek yang disenaraipendekkan sehingga kini.[6]
Pencalonan karya-karya yang terpilih untuk hadiah ini langsung tidak didedahkan kepada umum sehingga tahun 2001.[7]
Pemenang
Tahun | Penulis | Judul | Genre | Negara |
---|---|---|---|---|
1969 | P. H. Newby[8] | Something to Answer For | Novel | United Kingdom |
1970 | Bernice Rubens[9] | The Elected Member | Novel | United Kingdom |
1970 (retrospective award[a]) |
J. G. Farrell | Troubles | Novel | United Kingdom Ireland |
1971 | V. S. Naipaul[10] | In a Free State | Cerita pendek | United Kingdom Trinidad dan Tobago |
1972 | John Berger[11] | G. | Novel eksperimen | United Kingdom |
1973 | J. G. Farrell[12] | The Siege of Krishnapur | Novel | United Kingdom Ireland |
1974 | Nadine Gordimer[13] | The Conservationist | Novel | Afrika Selatan |
Stanley Middleton[14] | Holiday | Novel | United Kingdom | |
1975 | Ruth Prawer Jhabvala | Heat and Dust | Novel sejarah | United Kingdom Jerman |
1976 | David Storey[15] | Saville | Novel | United Kingdom |
1977 | Paul Scott[16] | Staying On | Novel | United Kingdom |
1978 | Iris Murdoch[17] | The Sea, the Sea | Novel falsafah | Ireland United Kingdom |
1979 | Penelope Fitzgerald[18] | Offshore | Novel | United Kingdom |
1980 | William Golding[19] | Rites of Passage | Novel | United Kingdom |
1981 | Salman Rushdie[20] | Midnight's Children | Realisme ajaib | United Kingdom |
1982 | Thomas Keneally[21] | Schindler's Ark | Novel biografi | Australia |
1983 | J. M. Coetzee[22] | Life & Times of Michael K | Novel | Afrika Selatan |
1984 | Anita Brookner[23] | Hotel du Lac | Novel | United Kingdom |
1985 | Keri Hulme[24] | The Bone People | Novel misteri | New Zealand |
1986 | Kingsley Amis[25] | The Old Devils | Novel komik | United Kingdom |
1987 | Penelope Lively[26] | Moon Tiger | Novel | United Kingdom |
1988 | Peter Carey[27] | Oscar and Lucinda | Novel sejarah | Australia |
1989 | Kazuo Ishiguro[28] | The Remains of the Day | Novel sejarah | United Kingdom |
1990 | A. S. Byatt | Possession | Novel sejarah | United Kingdom |
1991 | Ben Okri[29] | The Famished Road | Realisme ajaib | Nigeria |
1992 | Michael Ondaatje[30] | The English Patient | Metafiksyen sejarah | Kanada |
Barry Unsworth[31] | Sacred Hunger | Novel sejarah | United Kingdom | |
1993 | Roddy Doyle | Paddy Clarke Ha Ha Ha | Novel | Ireland |
1994 | James Kelman[32] | How Late It Was, How Late | Aliran kesedaran | United Kingdom |
1995 | Pat Barker[33] | The Ghost Road | Novel perang | United Kingdom |
1996 | Graham Swift[34] | Last Orders | Novel | United Kingdom |
1997 | Arundhati Roy | The God of Small Things | Novel | India |
1998 | Ian McEwan[35] | Amsterdam | Novel | United Kingdom |
1999 | J. M. Coetzee[36] | Disgrace | Novel | Afrika Selatan |
2000 | Margaret Atwood | The Blind Assassin | Novel sejarah | Kanada |
2001 | Peter Carey | True History of the Kelly Gang | Novel sejarah | Australia |
2002 | Yann Martel | Life of Pi | Novel fantasi dan penjelajahan | Kanada |
2003 | DBC Pierre | Vernon God Little | Komedi gelap | Australia |
2004 | Alan Hollinghurst | The Line of Beauty | Novel sejarah | United Kingdom |
2005 | John Banville | The Sea | Novel | Ireland |
2006 | Kiran Desai | The Inheritance of Loss | Novel | India |
2007 | Anne Enright | The Gathering | Novel | Ireland |
2008 | Aravind Adiga[37] | The White Tiger | Novel | India |
2009 | Hilary Mantel | Wolf Hall | Novel sejarah | United Kingdom |
2010 | Howard Jacobson | The Finkler Question | Novel komik | United Kingdom |
2011 | Julian Barnes | The Sense of an Ending | Novel | United Kingdom |
2012 | Hilary Mantel | Bring Up the Bodies | Novel sejarah | United Kingdom |
2013 | Eleanor Catton | The Luminaries | Novel sejarah | New Zealand |
2014 | Richard Flanagan | The Narrow Road to the Deep North | Novel sejarah | Australia |
2015 | Marlon James | A Brief History of Seven Killings | Novel sejarah | Jamaica |
2016 | Paul Beatty | The Sellout | Novel satira | Amerika Syarikat |
2017 | George Saunders | Lincoln in the Bardo | Novel sejarah | Amerika Syarikat |
- ^ Pada tahun 1971, peraturan Hadiah berubah dari novel yang diterbitkan pada tahun sebelum kepada novel yang diterbitkan pada tahun semasa; oleh itu tiada novel yang diterbitkan pada tahun 1970 memenangi Hadiah Booker. Pada tahun 2010, anugerah khas "Lost Man Booker Prize" diperkenalkan untuk novel-novel yang diterbitkan pada tahun 1970 dan dimenangi oleh J. G. Farrell menerusi Troubles.[38]
Rujukan
- ^ "Meet The Man Booker Prize 2014 Judges". 12 Disember 2013.
- ^ "Man Booker Prize: a history of controversy, criticism and literary greats". The Guardian. 18 Oktober 2011. Dicapai pada 18 Oktober 2011.
- ^ "Booker Prize: legal information". bookerprize.com. Dicapai pada 3 September 2009.
- ^ James Kidd, James (5 Mac 2006)."A Brief History of The Man Booker Prize", South China Morning Post.
- ^ "The Lost Man Booker Prize announced". bookerprize.com. Dicapai pada 31 January 2010.
- ^ "Dear Life: Stories by Alice Munro (Chatto & Windus, November)". The Guardian. 13 Julai 2012. Dicapai pada 13 Julai 2012.
As the only writer to sneak on to the Booker shortlist for a collection of short stories (with The Beggar Maid in 1980), Alice Munro easily deserves to end our list of the year's best fiction.
- ^ Yates, Emma (15 Ogos 2001). "Booker Prize longlist announced for first time". The Guardian. Dicapai pada 15 Ogos 2001.
- ^ Jordison, Sam (21 November 2007). "Looking back at the Booker: PH Newby". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (12 December 2007). "Looking back at the Booker: Bernice Rubens". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (21 Disember 2007). "Looking back at the Booker: VS Naipaul". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (9 Januari 2008). "Looking back at the Booker: John Berger". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (23 Januari 2008). "Looking back at the Booker: JG Farrell". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (27 Februari 2008). "Looking back at the Booker: Nadine Gordimer". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (13 Mac 2008). "Looking back at the Booker: Stanley Middleton". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (18 November 2008). "Booker club: Saville". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (22 Disember 2008). "Booker club: Staying On". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (11 Februari 2009). "Booker club: The Sea, the Sea". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (13 Mac 2009). "Booker club: Offshore". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (15 April 2009). "Booker club: Rites of Passage". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (10 July 2008). "Midnight's Children is the right winner". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (15 Mei 2009). "Booker club: Schindler's Ark". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (16 Jun 2009). "Booker club: Life and Times of Michael K". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (5 Ogos 2009). "Booker club: Hotel du Lac". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (20 November 2009). "Booker club: The Bone People by Keri Hulme". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (16 Februari 2010). "Booker club: The Old Devils". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (19 Mac 2010). "Booker club: Moon Tiger". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (28 Mei 2008). "Looking back at the Booker: Peter Carey". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (26 November 2010). "Booker club: The Remains of the Day". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (20 Januari 2011). "Booker club: The Famished Road". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (4 March 2011). "Booker club: The English Patient". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (10 Jun 2011). "Booker club: Sacred Hunger". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (14 September 2011). "Booker club: How Late It Was, How Late by James Kelman". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (6 Jun 2008). "Looking back at the Booker: Pat Barker". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (24 Julai 2012). "Booker club: Last Orders by Graham Swift". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (6 Disember 2011). "Booker club: Amsterdam by Ian McEwan". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (24 Jun 2008). "Looking back at the Booker: JM Coetzee". The Guardian.
- ^ Jordison, Sam (22 Ogos 2008). "Booker Club: The White Tiger". The Guardian.
- ^ Melvern, Jack (20 Mei 2010). "J G Farrell wins Booker prize for 1970, 30-year after his death". The Times. Dicapai pada 23 Disember 2010.
Bacaan tambahan
- Lee, Hermione (1981). "The Booker Prize: Matters of judgment". Times Literary Supplement, dicetak semula pada 22 Oktober 2008.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hadiah Booker |