Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. (Disember 2025) |
Bintang Kemabur adalah salah satu dari 4 jin utama yang dibeli oleh Bendahara Perak di Singapura. Jin ini menyamar dalam rupa seperti seekor burung serindit. Empat jin-jin tersebut adalah Bintang Kemabur, Perkaka, Gagak Sura dan Pulikat. Bintang Kemabur adalah nama lama bangsa Melayu bagi galaksi Bima sakti dikenali sebagai Bintang Temabur / Kemabur.
Kisah
Bendahara pun pulang ke Kota Geronggong dan tidak lama kemudian bendahara terus berangkat ke Singapura kerana hendak membeli jin. Apabila sampai di Singapura, Bendahara pun naik ke darat dan bertemu dengan seorang orang tua yang sedang duduk termenung. Dihadapan orang tua tersebut ada empat ekor burung serindit lalu bendahara memberi salam dan terus bertanyakan pada orang tua tersebut sama ada ingin menjual empat ekor burung miliknya itu.[1]

Tempat Penjagaan 4 Penjuru
Setelah mendapat sambut balas dari orang tua tersebut dan menyatakan ianya untuk dijual, maka bendahara pun bersetuju untuk membelinya dan membayar dengan nilai yang dipersetujui. Tanpa melengahkan masa, Bendahara terus membawa empat ekor burung tersebut dengan kapal layarnya menuju ke Pulau Sembilan. Apabila bendahara sampai ke Pulau Sembilan, Bendahara terus melepaskan seekor burung serinditnya disitu dan terus memudik kapalnya sehinggalah ke Pasir Garam di Pulau Bangka.
Apabila Bendahara sampai ke Pasir Garam, dilepaskan seekor lagi burung serinditnya disitu pula. Dan 2 ekor burung serindit yang terakhirnya dilepaskan di sebelah Hulu Perak di kawasan Temong. Ada yang katakan, bahawa empat ekor burung serendit inilah sebenarnya empat ekor jin yang dipelihara oleh Bendahara untuk bersama-sama mempertahankan negeri Perak.
Setelah selesai melepaskan kesemua burung serendit yang dikatakan jelmaan jin itu, maka bendahara pun pulang ke Kota Geronggong dan bersiap siaga dengan alat peperangan untuk menyerang semula Aceh dan menuntut semula Sultan Perak yang telah dipenjarakan di sana. Tentera Perak pun berhimpun di Kota Geronggong yang datang dari serata Perak untuk belayar menuju ke Aceh. Turut ada di dalam angkatan perang adalah Bana dan Tok Gagah yang begitu berani menentang musuh.[2]
Rujukan
- ^ "Kisah Lagenda Puteri Limau Purut Di Perak (Bahagian 2)" (dalam bahasa Inggeris). 2017-03-14. Dicapai pada 2025-12-08.
- ^ "Kisah Lagenda Puteri Limau Purut Di Perak (Bahagian 2)" (dalam bahasa Inggeris). 2017-03-14. Dicapai pada 2025-12-08.








