Bintang Di Langit Syawal ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Sha's Media Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri. Ia dibintangi oleh Adam Lee dan Scha Elinnea. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 23 Oktober hingga 18 November 2025 menggantikan Seindah Hujan Cinta.
| Bintang Di Langit Syawal | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Bahri Uma Bajuri |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Masih Ada Kau Lagi" - Shazriq Azeman |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 15 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit | YM Sharifa Zainab Syed Wadzid Ali |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Sha's Media Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 23 Oktober 2025 – 18 November 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Seindah Hujan Cinta |
| Diikuti oleh | Salju Rindu Di Bumi Auckland |
Sinopsis
Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Syawal (Adam Lee), yang sering dibayangi rasa kosong dan rindu terhadap kasih seorang bapa. Suatu hari, kemunculan seorang lelaki misteri bernama Latif (Azhar Sulaiman) di rumah kebajikan tempat Syawal membesar, mula mengubah segalanya apabila lelaki itu meninggalkan sejumlah wang tanpa penjelasan. Lawatan yang sepatutnya dirahsiakan akhirnya terbongkar kepada Syawal, mencetuskan tanda tanya dan mendorongnya untuk mencari kebenaran di sebalik identiti lelaki tersebut.
Dipacu oleh rasa ingin tahu dan keyakinan bahawa Latif ialah ayah kandungnya, Syawal nekad melarikan diri dari rumah kebajikan itu. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan Jess (Scha Elinnea), seorang gadis yang menjadi teman setia dan sumber kekuatan dalam perjalanan hidupnya yang penuh luka dan rahsia. Namun, jejak yang disangka akan menyatukannya kembali dengan kasih seorang bapa membawa Syawal ke tempat gelap yang menggugat kepercayaannya terhadap makna sebenar keluarga. Pertemuan yang diimpikan menjadi detik yang membuka lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Persoalan demi persoalan timbul. Apa sebenarnya yang dilakukan Latif di tempat itu, dan mengapa hidupnya terjerat dalam dunia sekeji itu? Adakah pertemuan ini akan menjadi sinar yang selama ini Syawal cari, atau sekadar menambah luka dalam pencarian kasih dan identiti dirinya?
Pelakon
Pelakon utama
- Adam Lee sebagai Syawal
- Scha Elinnea sebagai Jess
Pelakon pembantu
- Shalma Eliana sebagai Anis
- Syahmie Thsaqeef sebagai Andi
- Azhar Sulaiman sebagai Latif
- Fezrul Khan sebagai Hassan
- Jasmin Hamid sebagai Datin Elyana
- Arash Mohamad sebagai Datuk Mahfuz
- Alif Ali sebagai Aiman
- Razzuan Rosli sebagai Zaidi
- Idan Aedan sebagai Erwan
- Zaidi Omar sebagai Ustaz Fadhil
- Taqim Zaki sebagai Ezza
- Wanie Ooi sebagai Alia
- Ieda Moin sebagai Mak Min
- Azlina Mad Nor sebagai Mak Siti
- Muhammad Fadhil Hanif sebagai Ghani
- Nadia Aqilah sebagai Jane
- Ryzal Jaafar sebagai Latif (muda)
- Nabila Huda
- Amirul Faqeem
Pautan luar
| TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Bintang Di Langit Syawal | Berikutnya |
| Seindah Hujan Cinta | Salju Rindu Di Bumi Auckland | |








