Bella Shofie | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Sopinah Rutami Nasution 5 Februari 1990 |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 2008 - kini |
Pasangan | Suryono |
Ibu bapa | Hamzah Nasution (bapa) Agustini (ibu) |
Bella Shofie (lahir Sopinah Rutami Nasution; 5 Februari 1990) merupakan seorang penyanyi dan pelakon Indonesia. Namanya mula dikenali setelah memenangi pertandingan kecantikan di Medan pada tahun 2008. Di dalam dunia perfileman, Bella berlakon dalam telefilem berjudul I Love You.[1][2][3][4]
Kehidupan peribadi
Bella Shofie dilahirkan pada 5 Februari 1990 di Medan, Indonesia merupakan anak kepada pasangan Hamzah Nasution dan Agustini. Bella menamatkan pengajiannya di Universitas Darma Wangsa Medan, Sumatera utara. Beliau memulakan kerjaya di dunia model selepas menjuarai pertandingan Jaka Dara Kota Medan.
Kerjaya
Beliau memulakan kerjayanya dengan membintangi beberapa FTV dan sinetron serta telah menjayakan lima filem. Selain itu, beliau juga berbakat dalam bidang muzik.
Filemografi
Filem
- Rumah Angker Pondok Indah (2013)
- Dendam Arwah Del Bintaro (2013)
- Pocong Pasti Berlalu (2014)
- Jomblo Keep Smile (2014)
- Sarang Hantu Jakarta (2014)
Sinetron
- Rajawali (2015)
Telefilem
- I Love You
- Cinta Cewek Matre
- Plis Deh Jangan Lebay
- Heboh Goyang Konspirasi
- Surat Dari Masa Depan
- Petaka Susuk Penyanyi Dangdut
- Undangan : Kampung Ronggeng
- Penghuni Rumah Pengantin
- Cinta Ganti Rugi (2013)
- Mikrofon Misterius
- Karma Anak Pembawa Uang Arisan (2015)
Diskografi
Single
- Kesal (2013)
- Seseorang (2014)
- Dia Mungkin Lelah (2014)
- Rezeki Anak Sholeh (2015)
- 5 Menit Lagi (2015)
Videografi
- Jika Ku Ingin Kamu (Casanova Band)
- Tak Mau Pergi (Riza Abbas)
Rujukan
Pautan luar
- (Indonesia) Profil di laman KapanLagi.com.
- Bella Shofie di Twitter