Bella Hanna | |
---|---|
بيلا حنا | |
Kelahiran | Farhana Nabila binti Rosman 29 September 1996 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Bella Hanna, Bella Luna, Bella Mariofav |
Pendidikan | Jurusan Perhubungan Awam |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model, personaliti media sosial, pegawai perhubungan awam (PRO) |
Tahun aktif | 2020–kini |
Pasangan | Redza Rosli (k. 2024) |
Farhana Nabila Rosman atau lebih dikenali sebagai Bella Hanna (lahir 29 September 1996) ialah seorang pelakon wanita, pengacara, model, personaliti media sosial dan pegawai perhubungan awam di Malaysia.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 29 September 1996 di Kuala Lumpur. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan pelakon lelaki kacak, Redza Rosli pada 21 Jun 2024 dengan sekali lafaz. Pasangan ini mengadakan majlis perkahwinan di Forest Valley, Cheras, Selangor.
Dalam majlis tersebut, Redza menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada Bella.
Bella Hanna dan Redza Rosli sebelum ini pernah sama-sama bergandingan dalam drama Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan di TV3.
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya apabila memenangi EH! Influencer 2020 dalam kategori kecantikan dan kerap menjayakan iklan komersial serta bergerak aktif dalam dunia peragaan.
Beliau mula aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2023 dan mula dikenali selepas membintangi beberapa drama popular seperti:
- Luruhnya Bunga Cinta (2023–2024) – watak Aleen
- Oh! Seragam Cinta (2025) – watak Cikgu Rena
- Abang Imam Minah Skuter (2025) – watak Atikah
Filemografi
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Luruhnya Bunga Cinta | Aleen | TV3 | Drama pertama |
2024 | Luruhnya Bunga Cinta 2 | |||
2025 | Oh! Seragam Cinta | Cikgu Rena | TV Okey |
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Aplikasi | Catatan |
---|---|---|---|---|
2025 | Abang Imam Minah Skuter | Atikah | Viu | Drama web pertama |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2023 | HLive! | Pengacara | Astro Ria |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Pembantu TV Popular | Tercalon |
Pautan luar
- Kelahiran 1996
- Orang hidup
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Selebriti internet Malaysia
- Peragawati Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Alumni Universiti Teknologi MARA