| Bella | |
|---|---|
Poster Bella | |
| Genre | Drama Cinta Konflik |
| Pengarah | Adam Hamid |
Dibintangi oleh | Elly Mazlein Ako Mustapha Azhar Sulaiman Iqram Dinzly |
| Lagu pembukaan | "Asmara Metropolitan" oleh Shima |
| Lagu penutup | "Asmara Metropolitan" oleh Shima |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan episod | 60 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
| Penerbit | Ahmad Puad Onah |
| Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) |
Julung kali ditayangkan di | Malaysia |
| Siaran asal | 4 Februari 2008 – 15 Mei 2008 |
| Mengikuti | Spa Q |
| Diikuti oleh | Ezora |
Bella ialah siri drama televisyen Malaysia 2008 arahan Adam Hamid, dibintangi Elly Mazlein, Ako Mustapha, Azhar Sulaiman dan Iqram Dinzly. Siri drama ini mula ditayangkan dalam slot Akasia, TV3 dari 4 Februari 2008 menggantikan Spa Q.
Sinopsis
Bella, remaja wanita, anak seorang usahawan yang berjaya dan berbakat dalam seni lukis. Tidak seperti ayahnya, Bella lebihkan karier lukisannya berbanding bekerja di pejabat. Tetapi didapati bahawa dia suka bekerja dipejabat. Bella mempunyai seorang kekasih iaitu Zahar dan mereka kemudiannya berkahwin. Namun tanpa disangka, Zahar sebenarnya mengahwini Bella hanya kerana ingin merampas harta keluarga Bella. Zahar turut bersubahat dengan Shah, sepupu Bella. Ketika Bella sedang hamil anak pertama, Zahar dan Shah membuat perancangan untuk membunuh Bella. Namun Bella terselamat dan dia dirawat oleh Dr. Rayyan. Akibat pengalaman yang dialami daripada kejadian itu membuatkan Bella menjadi trauma dan seorang yang pemarah. Dr. Rayyan dan Dr. Mia berusaha membantu untuk memulihkan kembali semangat Bella. Setelah melahirkan anaknya, emosi Bella kembali stabil. Bella berhasrat untuk membalas dendam dan ingin mengambil semula harta keluarganya yang telah dirampas oleh Zahar dan Shah. Bella kemudian mengubah penampilan dan identiti sebagai Tengku Julia Sandra dalam usahanya untuk membalas dendam. Berbekalkan identiti barunya tersebut, Bella (Tengku Julia Sandra) mula mendekati keluarga Shah dan menggoda Zahar agar jatuh kedalam perangkapnya. Dr. Rayyan pula mendapati bahawa dia telahpun jatuh cinta dengan Bella namun Bella menolak cinta Dr. Rayyan itu setelah dia mendapati dirinya menghidapi penyakit barah. Setelah berjaya mendapatkan semula harta keluarganya, Bella akhirnya mendedahkan identiti sebenarnya kepada keluarga Shah dan Zahar. Shah dan keluarganya meringkuk kedalam penjara manakala, Zahar pula mati dibunuh oleh Shah. Akhirnya Bella meninggal dunia. Setelah kematian Bella, Dr. Rayyan menerima sepucuk surat yang ditulis oleh Bella sewaktu hayatnya. Melalui surat tersebut, Dr. Rayyan mengetahui tentang penyakit Bella dan niatnya yang ingin menjodohkan Dr. Rayyan dengan Dr. Mia.
Pelakon
Pelakon utama
- Elly Mazlein sebagai Bella / Tengku Julia Sandra
- Ako Mustapha sebagai Dr. Rayyan
- Azhar Sulaiman sebagai Shah
- Iqram Dinzly sebagai Zahar
Pelakon pembantu
- Irma Hasmie sebagai Dr. Mia
- Yatt Hamzah sebagai Farah
- Scha Al-Yahya sebagai Sofia
- Ismail Hudson sebagai Datuk Ismail
- Rozie Othman sebagai ibu Farah
Info Drama
Drama bersiri ini, telah berjaya mencatat jumlah penonton tertinggi 2.6 juta. Angka itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan slot akasia yang sebelum ini pernah menayangkan Manjalara dan Spa Q. [1]
Bella adalah drama bersiri pertama di slot akasia yang bukan berformatkan Amerika Latin.
Rujukan
- ^ Budiey (15 Jun 2008) Drama Bella lakonan Elly Mazlein raih 2.6 juta penonton Sensasi Selebriti.
| TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Bella | Berikutnya |
| Spa Q | Ezora | |








