Bazooka Penaka | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1993 | |||
Tempat | Malaysia ![]() | |||
Genre | Rock, Hard Rock | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia ![]() | |||
Syarikat | Fly Wings, BMG | |||
Penerbit | Joe Wings, Wings | |||
Penyusun | Wings | |||
Kronologi Wings | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Bazooka Penaka ialah album studio kelima [1] Kumpulan Wings, Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1993. Album ini pernah dicalonkan untuk empat anugerah di Anugerah Industri Muzik Pertama bagi tahun 1993 dan telah meraih satu kemenangan iaitu kategori rakaman album terbaik. Lagu seperti Di Ambang Wati dan Suara Kita telah menjadi runut bunyi bagi filem Sembilu lakonan Awie manakala lagu Bernafas Dalam Lumpur menjadi soundtrack untuk filem Putera lakonan Joe, Eddie dan Jojet. Setelah album ini dikeluarkan, pada 13 November 1993, selepas konsert Double Trouble bersama Search, Awie telah membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan ini buat kali pertama dan bergerak sebagai artis solo. Manakala Jojet pula meninggalkan kumpulan ini selepas rilisnya album Wings & Superfriends 1 & 2 pada 1994.
Untuk pembikinan album pula, Joe Wings bertindak sebagai penerbit album manakala Wings sebagai penerbit dan penyusun lagu, Steward Day sebagai penerbit bersama, jururakam dan juruadun dan Ali Bakar sebagai Penerbit Eksekutif. Proses rakaman pula dijalankan di empat lokasi berbeza iaitu di Platinum Studios (Melborune, Australia), Sing Sing Studios (Melbourne, Australia), Digitron Studio (Kuala Lumpur) dan Trax Studio (Kuala Lumpur). Dan menariknya, terdapat beberapa trek vokal dalam album ini yang dirakamkan di Melborune, Australia, antaranya Di Ambang Wati, Pengabdianku Kekasih, Rock 'N' Roll Band, Suara Kita dan Tangisan Marhain. Kemudian, proses mastering sepenuhnya dijalankan di Studio 301, Australia. [2]
Senarai runut
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Bazooka Penaka" | Nasir Jani | M. Nasir | 5:39 | |
2. | "Di Ambang Wati" | Nurbisa | M. Nasir | 5:40 | |
3. | "Bernafas Dalam Lumpur" | Wings | Wings | 5:30 | |
4. | "Kuburkan Aku" | Bob Lokman | Razman | 5:04 | |
5. | "Pengabdian Ku Kekasih" | S. Amin Shahab | Wings | 6:12 | |
6. | "Rock 'N' Roll Band" | Bob Lokman | Lord | 4:20 | |
7. | "Amok" | M. Nasir | M. Nasir | 7:10 | |
8. | "Satelit Puaka" | Nasir Jani | Joe | 6:55 | |
9. | "Suara Kita" | J.S. Kevin | J.S. Kevin | 7:10 | |
10. | "Tangisan Marhain" | Bob Lokman | Joe | 7:02 | |
11. | "Puisi Merdeka" | Bob Lokman | Wings | 5:39 | |
Rujukan
- ^ http://melayurock.blogspot.com/2009/04/wings-bazooka-penaka-93.html
- ^ Wings - Bazooka Penaka (dalam bahasa Inggeris), 1993, dicapai pada 2025-05-07