Barisan Ke-2 Ukraine | |
---|---|
![]() Panji Barisan Kedua Ukraine | |
Aktif | 1943–1945 |
Negara | ![]() |
Cawangan | ![]() |
Jenis | Kumpulan tentera darat |
Peranan | Penyelaras dan pelaksana operasi Tentera Merah di Ukraine, Eropah Tenggara dan Tengah |
Pertempuran |
Barisan Ke-2 Ukraine (Rusia: 2-й Украинский фронт) merupakan sebuah Barisan dalam Tentera Merah semasa Perang Dunia Kedua.
Sejarah
Pada 20 Oktober 1943, Barisan Steppe telah dinamakan semula sebagai Barisan Ke-2 Ukraine.
Pada pertengahan Mei 1944, Rodion Malinovsky mengambil alih kepimpinan Barisan Kedua Ukraine.[1]
Semasa Penyerangan Jassy–Kishinev Kedua, Barisan Kedua Ukraine, yang diketuai oleh Jeneral Ketumbukan Rodion Malinovsky, terdiri daripada:[perlu rujukan]
- Tentera Darat Kereta Kebal Pengawal Ke-6 – Mejar Jeneral A.G. Kravchenko
- Tentera Darat Pengawal Ke-4 – Ivan Galanin
- Tentera Darat Pengawal Ke-7 – Leftenan Jeneral M.S. Shumilov
- Tentera Darat Ke-27 – Leftenan Jeneral S.G. Trofimenko
- Tentera Darat Ke-40 – Leftenan Jeneral Filipp Zhmachenko
- Tentera Darat Ke-52 – Leftenan Jeneral K.A. Koroteev
- Tentera Darat Ke-53 – Leftenan Jeneral Ivan Managarov
- Kor Ke-18 Kereta Kebal – Mejar Jeneral V.I. Polozkov
- Kumpulan kavalri mekanis Gorshkov – Mejar Jeneral Sergey Gorshkov
- Kor Ke-5 Kavalri Pengawal
- Kor Ke-23 Kereta Kebal – Leftenan Jeneral Alexey Akhmanov
Pada 1 Januari 1945, semasa Pengepungan Budapest, Barisan ini terdiri daripada:
- Tentera Darat Pengawal Ke-7,
- Tentera Darat Ke-27
- Tentera Darat Ke-40
- Tentera Darat Ke-53
- Tentera Darat Kereta Kebal Pengawal Ke-6
- Kumpulan kavalri mekanis terdiri daripada Kor Kavalri Pengawal Ke-4 dan Ke-6
- Ketumbukan Udara Ke-5[2]
Pada 10 Jun 1945, selaras dengan arahan Stavka bertarikh 29 Mei 1945, Barisan Kedua Ukraine telah dibubarkan. Elemen-elemennya telah dimasukkan ke dalam Markas Wilayah Tentera Odessa.
Kor Ke-12 Pertahanan Udara (12 корпус ПВО), yang ditubuhkan daripada Kawasan Pertahanan Udara Kor Odessa (Одесский корпусной район ПВО) pada 21.04.1944, menyediakan pertahanan udara kepada Barisan Kedua Ukraine sehingga 01.02.1945, kecuali Divisyen AAA Ke-61 (rejimen AAA 1776, 1778, 1780, 1782 dan 1784 serta Rejimen Pencahayaan AA Ke-6), yang memberikan pertahanan udara kepada Barisan Pertama Ukraine.
Para panglima
- Jeneral Ketumbukan Ivan Konev (Julai 1943 – Mei 1944; sejak Februari 1944 Marsyal Kesatuan Soviet)
- Jeneral Ketumbukan Rodion Malinovsky (Mei 1944 – Mei 1945; sejak September 1944 Marsyal Kesatuan Soviet)
Lihat juga
Rujukan dan bacaan lanjut
- ^ Erickson 1989, m/s. 199, 206.
- ^ "Komposisi tempur Tentera Soviet, 1 Januari 1945". Tashv.nm.ru. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2010. Dicapai pada 2010-03-23.
- Erickson, John (1989). The Road to Berlin, Stalin's War with Germany, Volume 2. Yale University Press. ISBN 0-300-07813-7.