Barakat | |
---|---|
Pengarah | Amy Jephta |
Penulis | Amy Jephta |
Dihasilkan oleh | Ephraim Gordon Wikus du Toit |
Dibintangi | Vinette Ebrahim Lesley Fong Joey Rasdien Mortimer Williams Quanita Adams Keeno Lee Hectormade |
Sinematografi | Ebrahim Hajee |
Disunting oleh | Sanjin Muftic |
Muzik oleh | Kyle Shepherd |
Syarikat penerbitan | Nagvlug PaperJet Productions |
Diedarkan oleh | Indigenous Film Distribution |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 103 minit |
Negara | Afrika Selatan |
Bahasa | Afrikaans Melayu |
Pecah panggung | $66,181 |
Barakat ialah sebuah filem drama keluarga Afrika Selatan 2020 yang diarahkan oleh Amy Jephta dan diterbitkan oleh Ephraim Gordon.[1] Ia adalah filem Muslim berbahasa Afrikaans dan Melayu pertama yang diterbitkan di Afrika Selatan.[2][3][4] Filem ini dibintangi oleh Vinette Ebrahim, Joey Rasdien, Mortimer Williams, Quanita Adams dan Keeno Lee Hector. Filem ini juga menampilkan Jawaahier Petersen, Moeniel Jacobs dan Ashur Petersen sebagai cameo.[5][6]
Plot
Filem ini mengisahkan seorang perempuan tua yang baru kehilangan suaminya, Tuan Davids 2 tahun sebelumnya bernama Aisha Davids. Aisha dikenalkan kepada seorang lelaki dokter kulit hitam dari Kanada yang bernama Doktor Albertus. Aisha ingin berkumpul bersama semasa lebaran Aidil Fitri, tetapi anak-anak perlahan. Zunaid, Zaid, Yaseen dan Nur, keempat lelaki bersaudara ini memiliki konflik batin mereka masing-masing semenjak kepergian sang ayahanda.
Pelakon
- Vinette Ebrahim sebagai Aisha Davids, sejak kehilangan Tuan Davids ia merasa kesepian hingga pertemuannya dengan Doktor Albertus.
- Lesley Fong sebagai Doktor Albertus, lelaki Kanada kulit hitam yang ingin masuk Islam. Pernikahannya ditentang oleh anak-anak Aisha.
- Joey Rasdien sebagai Zunaid, anak pertama. Dia yang paling lantang menentang pernikahan ibunya. Tetapi dekat dengan perempuan non-muslim.
- Mortimer Williams sebagai Zaid, anak kedua. Sentiasa mengajak abang dan adik-adiknya untuk memegang teguh ajaran agama.
- Quanita Adams sebagai Ra-eesah, isteri anak kedua. Ingin bercerai kerana alasan tidak diketahui dan rahsia.
- Keeno Lee Hector sebagai Yaseen, anak ketiga salah satu pensyarah di universiti. Mengatakan di depan pelajar tinggi yang dia ajari bahawa dirinya sudah murtad.
- Danny Ross sebagai Nur, anak terakhir. Kanji dan suka merayau di tengah malam sejak kecil. Meski pemabuk, Nur menasihati abangnya Yaseen untuk kembali kepada Islam.
- June van Merch sebagai Fadielah
- Oemar Adams, orang buta jiran sebelah
- Jawaahier Petersen sebagai pelajar tinggi
- Ashur Petersen sebagai pelajar tinggi bernama Ashraf. Ashraf berdebat agama, kerana Yashen berkata bahawa ia kehilangan iman.
- Moniel Jacobs sebagai orang yang mengajak Davids bersaudara pergi ke surau.
- Kim Adonis sebagai Nicole, teman asmara Nur
- Madeegha Anders sebagai ibu Nicole, melihat keduanya berbuat haram semasa siang hari di bulan ramadhan.
Penerbitan
Pengambilan gambar untuk filem ini dibuat di Lansdowne dan Athlone. Kampung Cape Flats, Cape Town, Afrika Selatan.
Pengeluaran
Filem ini semasa awal tayang hanya dikeluarkan di tempat terhad kerana pandemik Covid-19. Dia memenangi Festival Filem Antarabangsa di Nigeria untuk kategori Penerbitan Terbaik. Ia terbit di seluruh pawagam Afrika Selatan pada pertengahan 2021 dan disenaraikan ke Anugerah Akademi ke-94 pada bulan Mac 2022 sebagai perwakilan rasmi Afrika Selatan.[7][8]
Rujukan
- ^ "Barakat". nataal.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-05.
- ^ Libby18. "Award-winning film Barakat has an out-of-the-ordinary premiere in Cape Town". Gauteng Film Commission (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2021. Dicapai pada 2021-10-05.
- ^ "South Africa's first Muslim-Afrikaans film, Barakat, scheduled for theatrical release in May 2021". ladima.africa. Dicapai pada 2021-10-05.
- ^ Khan, By: Atiyyah; Culture (2021-05-15). "'Barakat' holds Cape Muslim culture up to the light". New Frame. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 2021-10-05.
- ^ "Barakat: First South African film in Cape Town's Afrikaans dialect". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-23. Dicapai pada 2021-10-05.
- ^ "BARAKAT (2020) at New African Film Festival". watch.eventive.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-05.
- ^ "Oscars Snub - Where Are The African Films?". allAfrica.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-03-25. Dicapai pada 2025-01-19.
- ^ Writer, Staff (2022-05-10). "Barakat (2020)". Showmax Stories (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-19.