Logo pohon pitih baru BSN diperkenalkan pada 2015 | |
Wisma BSN di Kuala Lumpur | |
| Jenis/bentuk sah | Perbankan |
|---|---|
| Industri | Perbankan |
| Ditubuhkan | 1 Februari 1990 |
| Pengasas | Kerajaan Persekutuan Malaysia |
| Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Keluaran | Perbankan dan Kewangan |
| Tapak web | http://www.bsn.com.my |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Bank Simpanan Nasional (BSN) ialah sebuah syarikat yang menawarkan Perkhidmatan Perbankan di Malaysia.[1]
Pengenalan
Bank Simpanan Nasional Malaysia adalah sebuah pertubuhan perbadanan ditubuhkan di bawah Akta Bank Simpanan Nasional 1974 dan ditubuhkan pada 1 hari bulan Disember 1974, di bawah Akta Parlimen 146 – Undang-Undang Malaysia 1974 atas kendalian Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah. Ia dilancarkan dengan rasminya pada 5 Disember 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, di mana semua tugas dan tanggungjawab di bawah Akta Bank Simpanan Pejabat POS (melalui khidmat Post Office Savings Bank yang wujud sejak zaman pemerintahan British sehinggalah ke pascamerdeka) telah diambil alih oleh Bank Simpanan Nasional. Bank Simpanan Nasional adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan.
Bank Simpanan Nasional menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan, termasuk perbankan runcit, takaful, dan insurans[2]. Maklumat seperti waktu operasi BSN[3] dan lokasi cawangan boleh diperoleh melalui laman web rasmi bank atau sumber lain yang memberikan panduan perbankan di Malaysia.[4]
Anak syarikat
Bank ini mempunyai beberapa anak syarikat yang terlibat dalam bidang penguruan aset, insurans and takaful:[5][6]. Maklumat seperti waktu operasi BSN[7][8].
- Permodalan BSN Berhad (penguruan tabung kewangan)
- Prudential BSN Takaful Berhad (takaful)
- Gibraltar BSN Life Berhad (insurans hayat)
Rujukan
- ^ Pusat Perhubungan Pelanggan BSN
- ^ "Mohon Kad Kredit BSN".
- ^ "Mohon Pembiayaan Mikro BSN". BSN.
- ^ "Senarai cawangan - cawangan BSN". BSN.
- ^ BSN Sustainability Report 2023 BSN
- ^ "myBSN Banking System". myBSN.
- ^ "Waktu Operasi Cawangan - Cawangan BSN". Bank Simpanan Nasional.
- ^ "Bank Negara Malaysia - Directory - Banks in Malaysia".
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bank Simpanan Nasional |









