Bahasa Russia | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
русский язык russkiy yazyk | |||||||||
Asli kepada | Russia, Indonesia (Jawa Timur), Malaysia, bekas republik Soviet, Israel, Svalbard dan AS. | ||||||||
Penutur bahasa | bahasa primer: kira-kira 145 juta bahasa sekunder: 110 juta (1999 WA, 2000 WCD) | ||||||||
Indo-European
| |||||||||
Huruf Cyrillic | |||||||||
Status rasmi | |||||||||
Bahasa rasmi di | Russia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Crimea, Abkhazia, Ossetia Selatan, Transnistria, dan Gagauzia. | ||||||||
Dikawal selia oleh | Akademi Sains Russia | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-1 | ru | ||||||||
ISO 639-2 | rus | ||||||||
ISO 639-3 | rus | ||||||||
|
Bahasa Russia (русский язык russkiy yazyk) merupakan bahasa Slavik yang paling ramai penutur.Ia merupakan bahasa yang paling besar serakan secara geografinya di Eurasia, paling ramai penutur di kalangan bahasa-bahasa Slav.
Bahasa Russia tergolong di dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. Berada di dalam kalangan keluarga bahasa Slav, bahasa Russia merupakan salah satu daripada tiga ahli kumpulan Slav timur yang masih wujud, yang lainnya adalah Belarus dan Ukraine.
Contoh-contoh tertulis Slavonic timur adalah didapati daripada abad ke-10 dan selepasnya. Manakala bahasa Russia mengekalkan kebanyakan struktur sintetic-infleksional Slavonic timurnya dan satu perkataan dasar Slavonic yang biasa, bahasa Russia yang moden mempamerkan satu stok pinjaman perbendaharan antarabangsa bagi politik, sains, dan teknologi. Satu bahasa yang mempunyai kepentingan politik yang besar dalam abad ke-20, bahasa Russia telah menjadi salah satu bahasa rasmi PBB.
Pengkelasan
Bahasa Russia merupakan satu bahasa Slav dalam keluarga Indo-Eropah. Daripada pandangan daripada bahasa percakapan, hubungan yang terdekat adalah bahasa Ukraine dan bahasa Belarusia, dua bahasa kebangsaan yang lain dalam kumpulan Slav timur. (Ada orang akademik juga mempertimbangkan Rusyn satu bahasa Slav timur; yang lain mempertimbangkan Rusyn sebagai sebuah dialek.) Dalam banyak tempat di Ukraine dan Belarus, bahasa-bahasa ini dituturkan secara berubah-ubah, dan dalam keadaan tertentu , bilinguisme menghasilkan percampuran bahasa, e.g. Surzhik dalam Ukraine timur dan Trasianka di Belarus.
Suatu dialek Novgorod tua dalam bahasa Slav timur, walaupun telah hilang semasa abad kelima belas atau keenam belas, kadangkala dianggap sebagai memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan bahasa Russia moden. Bahasa yang paling rapat seterusnya adalah bahasa-bahasa Slav barat, khasnya bahasa Poland dan Slovakia; selepasnya adalah Bahasa Slav selatan, tetapi khususnya Bulgarian mempunyai tatabahasa yang berbeza. [perlu rujukan]
Tatabahasa (terutamanya perkataan abstrak dan bersastera), prinsip-prinsip pembentukan perkataan, dan, sehingga satu peringkat, gaya sastera dan infleksi bahasa Russia juga dipengaruhi oleh Slavonik Gereja, satu betuk bahasa Slav Selatan yang dibangunkan dan sebahagian digunakan oleh Gereja Ortodoks Russia. Bagaimana, prmbentukan Slav timur telah cenderung untuk digunakan secara ekslusif di dalam pelbagai dialek yang mengalami penurunan yang cepat. Di dalam beberapa kes, kedua-dua Slavik Timur dan betuk-bentuk Gereja Slavonik adalah di dalam kegunaan, dengan makna-makna berbeza. Untuk lebih terperinci, sila lihat fonologi bahasa Russia dan sejarah bahasa Russia.
Fonologi bahasa Russia dan sintaksis (terutamanya di dalam dialek utara) juga telah dipengaruhi hingga ke satu peringkat oleh beberapa bahasa Fin dari subkeluarga Finno-Ugrik: Merya, Moksha, Muromian, bahasa Meshchera, Veps, dan lain-lain. Bahasa-bahasa ini, beberapa daripadanya sekarang ini sudah pupus, telah dituturkan di dalam kawasan tengah dan utara apa yang dikatakan sebagai bahagian Eropah di Russia. Mereka telah datang untuk berhubung dengan They came in contact with Eastern Slav timur sejauh paling lama pada awal Zaman Pertengahan dan seterusnya berperanan sebagai substratum bagi bahasa Russia moden. Dialek Russia utara, timur laut dan Moscow barat laut mempunyai sebilangan perkataan asal Finno-Ugrik.[1][2] Hingga berabad-abad lamanya, gaya tatabahasa dan sastera sudah dipengaruhi oleh bahasa Eropah barat dan tengah seperti Poland, Latin, Holland, German, Perancis, dan bahasa England.[3]
Merujuk kepada Defense Language Institute di Monterey, California, bahasa Russia ini diklasifikasikan sebagai bahasa paras III dalam terma kesusahan pembelajaran bagi penutur tempatan berbahasa England,[4] yang memerlukan kira-kira 780 jam untuk mendapat kefasihan pertengahan. Ia juga dirujuk sebagai satu "sasaran sukar/hard target" oleh United States Intelligence Community, kerana kesukaran untuk menguasainya untuk penutur bahasa England dan peranan kritikal di dalam dasar dunia Amerika.
Rujukan
- ^ "Academic credit". Вопросы языкознания. – М., № 5. – С. 18–28. 1982. Dicapai pada 2006-04-29.
- ^ "Academic credit". Прибалтийско-финский компонент в русском слове. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2006-04-29.
- ^ "Encyclopaedia Britannica 1911".
- ^ "Academic credit". Defense Language Institute Foreign Language Center. Dicapai pada 2006-04-20.
Wikipedia Bahasa Rusia, ensiklopedia bebas |
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Bahasa tanpa kod warna keluarga
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Halaman artikel bahasa dengan sampel suara
- Bahasa yang memerlukan komen ISO 639-3
- Gambar kotak info bahasa yang tidak berformat
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Rencana bahasa dengan medan kotak info yang tidak disokong
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari May 2009
- Bahasa
- Bahasa Slavik
- Bahasa di Abkhazia
- Bahasa di Ossetia Selatan
- Bahasa di Rusia
- Bahasa di Ukraine
- Bahasa di Belarus
- Bahasa di Kazakhstan
- Bahasa di Estonia
- Bahasa di Latvia
- Bahasa di China
- Bahasa di Uzbekistan
- Bahasa di Tajikistan
- Bahasa di Kyrgyzstan
- Bahasa di Azerbaijan
- Bahasa di Finland
- Bahasa di Amerika Syarikat
- Bahasa di Armenia
- Bahasa di Georgia
- Bahasa di Mongolia
- Bahasa di Lithuania
- Bahasa di Moldova
- Bahasa di Israel