Bahagia Yang Tertangguh ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan iFAME (iFabulous Art Media & Event). yang diarahkan oleh Osman Ali. Ia dibintangi oleh Nad Zainal, Kamal Adli dan Izzue Islam. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria pada 17 November 2025 menggantikan Mutiara Dalam Debuan Kabus. [1]
| Bahagia Yang Tertangguh | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Bahagia Yang Tertangguh karya Rissa Ahdiya |
| Ditulis oleh | Oka Aurora |
| Pengarah | Osman Ali |
Dibintangi oleh | |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 28 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Azam Senin |
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | iFAME (iFabulous Art Media & Event) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 17 November 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Mutiara Dalam Debuan Kabus |
Sinopsis
Selama 8 tahun, Nurin Hana memendam rasa dan hidup dalam penderitaan di bawah kawalan keluarga mentuanya. Dia bukan sahaja dibuli oleh ipar-duai sehingga tidak pernah dibenarkan beraya di kampung sendiri, malah suaminya, Zakwan, yang tergolong dalam kategori 'adik kakak', tergamak memintanya membayar sewa rumah mereka.
Walaupun dilayan dengan buruk, cinta Hana pada Zakwan tidak pernah pudar sehinggalah dia menemui bukti kecurangan suaminya dengan seorang janda jelita bernama Azrin Sofea. Penghinaan Zakwan dan Azrin Sofea memuncak apabila Hana diceraikan dengan talak, yang dirasakan bagai vonis kematian bagi segala ketaatan dan kesetiaannya.
Hancur luluh, Hana bangkit demi permata hatinya. Namun, Zakwan yang mula rasa kehilangan dan diserbu penyesalan, kembali merayu Hana untuk rujuk semula demi anak mereka, Raiqal.
Pada masa yang sama, muncul Armin, seorang lelaki yang hadir menawarkan cinta yang tulus dan sedia memberi sinar harapan baru dalam hidup Hana.
Kini, Hana berada di persimpangan dilema. Haruskah dia kembali kepada Zakwan yang mengkhianatinya, membuka hati untuk Armin yang menjanjikan bahagia, atau memilih kehidupan solo demi menjamin hatinya tidak akan dilukai lagi ?
Pelakon
Pelakon Utama
- Nad Zainal sebagai Nurin Hana
- Kamal Adli sebagai Armin
- Izzue Islam sebagai Zakwan
Pelakon Pembantu
- Mimi Ernida sebagai Azrin Sofea
- Rozita Che Wan sebagai Juriah
- Riz Amin sebagai Saleh
- Norreen Iman sebagai
- Rosnah Johari sebagai Rahimah
- Muaz Fitri sebagai
- Datin Seri Nina Juren sebagai
Pelakon Kanak-Kanak
- Iqbal Riezky sebagai Fahri
- Adrean Mateen sebagai Raiqal
Pautan luar
| Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Bahagia Yang Tertangguh | Berikutnya |
| Mutiara Dalam Debuan Kabus | Andai Itu Takdirnya 2 | |
- ^ Bahagia Yang Tertangguh oleh Myinfotaip. Dicapai pada 5 November 2025.








