Badlishah Sham Baharin | |
---|---|
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia | |
Menyandang jawatan Februari 2022 | |
Timbalan | Hassan Basri Awang Mat Dahan |
Didahului oleh | Mohd Parid Sheikh Ahmad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Badlishah Sham bin Baharin 18 Julai 1959 Negeri Sembilan |
Haji Badlishah Sham Baharin ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bagi sesi 2022-2026.[1]
Latar belakang
Badlishah Sham dilahirkan di Negeri Sembilan pada 18 Julai 1959. Beliau melanjutkan pengajian A Level di Kolej Teknikal Coventry di United Kingdom pada 1978. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda kejuruteraan kimi dari Universiti Leeds pada 1981 dan sarjana dalam bidang yang sama dari Institut Sains dan Teknologi Universiti Manchester pada 1985.[perlu rujukan]
Penglibatan dalam masyarakat
Dalam IKRAM
- Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan 2010, 2012 dan 2014.
- Ahli Dewan Perwakilan Nasional 2014, 2018 dan 2022
- Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM, Pengerusi JK Masyarakat Madani 2016
- Timbalan Presiden IKRAM 2018-2022
Dalam pertubuhan lain
- Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) 2020-2022
- Ahli Konsortium Rasuah Busters mengenai Politik Malaysia Tanpa Rasuah
Kerjaya
- Pensyarah di Jabatan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1985 dan Profesor Madya pada 1999
Augerah & Hadiah Utama
- 1996 - Pingat Emas MINDEX/INNOTEX '96 (Malaysian Invention and Design Exhibition)
- 2002 - Pingat Emas Anugerah R&D UPM
- 2003 - Pingat Emas National S&T Award (co-researcher)
- 2005 - Pingat Emas Salon International Des Inventions Geneva
- 2005 - Anugerah Pensyarah Cemerlang Fakulti (UPM)
- 2005 - Anugerah Khidmat Cemerlang UPM
- 2010 - Pingat Emas Anugerah R&D UPM (co-researcher)
- 2012 - Pingat Gangsa Malaysia Technology Expo (MTE)
- 2007 & 2008 - Anugerah Cemerlang Penyelidikan UPM
- 2012 - Top Research Scientists Malaysia
Media sosial
Laman Facebook Badlishah Sham Baharin
Rujukan
- ^ "Badlishah Sham dilantik Presiden Ikram baharu". SH. 21 Februari 2022. Dicapai pada 7 Disember 2023.