"Baba Yetu" | |
---|---|
![]() | |
Lagu oleh Christopher Tin menampilkan Ron Ragin dan Stanford Talisman | |
daripada album Sid Meier's Civilization IV Official Soundtrack | |
Bahasa | Swahili |
Tajuk bahasa Melayu | Bapa Kami |
Ditulis | 2005 |
Dilancarkan | 24 Oktober 2005 |
Genre | Gospel |
Panjang | 3:28 |
Syarikat | 2K Games |
Penggubah | Christopher Tin |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Baba Yetu" (Swahili: "Bapa Kami") ialah lagu tema utama permainan video 2005 Civilization IV. Ia digubah oleh Christopher Tin dan dipersembahkan oleh Ron Ragin dan Stanford Talisman.[1][2][3] Untuk keluaran semulanya dalam album sulung Tin, Calling All Dawns, ia dipersembahkan oleh Koir Gospel Soweto.[4] Lagu ini, semasa dikeluarkan semula, menjadi karya muzik permainan video pertama yang dicalonkan dan memenangi Anugerah Grammy.
Penggubahan
Penciptaan
Sebagai peminat siri Civilization,[5] Tin berhubung semula dengan bekas rakan sebiliknya Soren Johnson semasa majlis perjumpaan kolej lima tahun mereka di Universiti Stanford; kedua-duanya pernah terlibat dalam program luar negara semasa pengajian di Universiti Oxford, dengan Johnson belajar sejarah dan Tin belajar muzik.[6] Johnson memberitahu Tin pada majlis tersebut bahawa beliau telah bekerja untuk Civilization III, dan Tin menyatakan rasa cintanya terhadap siri itu kepada beliau. Beberapa bulan selepas majlis perjumpaan, Johnson menghubungi Tin dan memberitahunya mereka sedang mencari muzik untuk pembuka permainan baru mereka Civilization IV, dan ingin bantuan beliau.[6]
Inspirasi
Johnson berkata bahawa semasa mencipta lagu ini, mereka telah diilhamkan oleh persembahan Stanford Talisman, sebuah kumpulan a capella di Stanford yang pakar dalam muzik tradisional Afrika, dan mahu Tin menggubah sesuatu yang serupa untuk tema tersebut. Tin mengambil lebih kurang sebulan untuk menggubah runut itu sebelum merakamnya bersama Talisman untuk dijadikan runut Civilization IV.[6]
Christopher Tin kemudian berkata dalam satu wawancara bahawa beliau diilhamkan oleh visual-visual yang Firaxis berikan kepadanya. Beliau berkata bahawa inspirasi beliau datang daripada skrin menu utama Civilization IV, yang menunjukkan ulangan video bumi seperti yang dilihat dari angkasa lepas. Ia syot Afrika Utara dan menunjukkan matahari terbit di ufuk Bumi setiap setengah minit. Tin berkata, "Ia cantik dan tenang, dan serta-merta not-not pembuka karya itu mula bermain dalam kepala saya."[7]
Lirik
Lirik "Baba Yetu" (yang bermaksud "Bapa Kami" dalam Swahili) ialah terjemahan Doa Bapa Kami.[8][9]
Swahili | Melayu |
---|---|
"Baba Yetu" | |
Baba yetu, yetu uliye Utupe leo chakula chetu Ufalme wako ufike utakalo |
Bapa kami, yang ada Berilah kami pada hari ini makanan kami Kerajaan-Mu datanglah, kehendak-Mu jadilah |
Pada tahun 2007, "Baba Yetu" dikeluarkan oleh Alfred Music Publishing,[10] dan ia disusun semula oleh Tin untuk koir SATB a cappella dengan iringan perkusi pilihan pada 2011.[11] Susunan lain termasuk koir SSATBB, koir TTBB,[12] kuintet piano,[13] pancaragam konsert,[14] orkestra tali,[15] dan piano/suara.[16]
Ulasan
"Baba Yetu" mendapat banyak pujian kritik, dengan lebih daripada 20 pengulas menonjolkan tema tersebut di laman web ulasan permainan, seperti IGN dan GameSpy.[17]
Anugerah dan pencapaian
"Baba Yetu" dicalonkan untuk Anugerah Grammy Tahunan ke-53 dalam kategori Anugerah Grammy untuk Susunan, Instrumental dan Vokal Terbaik. Pada 13 Februari 2011, ia diumumkan sebagai pemenang kategorinya, menjadikannya karya muzik pertama yang digubah untuk permainan video yang dicalonkan dan memenangi Anugerah Grammy.[18][19] Di Anugerah Muzik Bebas Tahunan ke-10, "Baba Yetu" ialah pemenang dalam kategori 'Lagu Digunakan dalam Filem/TV/Multimedia' dan 'Lagu Rentak Dunia'.[20]
Persembahan terkenal
"Baba Yetu" merupakan karya yang kerap dipersembahkan semasa konsert Video Games Live.[6] Ia telah dipersembahkan di pelbagai tempat dan acara di seluruh dunia, termasuk Carnegie Hall, Lincoln Center, Disney Concert Hall, The Dubai Fountain, Kennedy Center, Royal Festival Hall, Hollywood Bowl, Konsert Tahun Baru sesi keenam puluh tujuh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,[21] serta Llangollen International Musical Eisteddfod 2017.[22][23] Ensembel terkenal yang telah mempersembahkan lagu ini termasuk Orkestra Filharmonik Diraja,[24] Welsh National Opera,[25] National Symphony Orchestra,[26] US Navy Band,[27] dan pelbagai artis YouTube, termasuk Peter Hollens,[28] Alex Boye, Koir Lelaki BYU[29] dan kumpulan Acapella Korea Maytree yang dipuji oleh Tin sendiri.[30]
"Baba Yetu" merupakan karya koir kontemporari yang popular dan telah dinyanyikan dalam banyak pertandingan. Paling menonjolnya, Angel City Chorale mempersembahkannya semasa musim ke-13 America's Got Talent, meraih buzzer emas juri jemputan Olivia Munn, membawa koir itu ke pusingan langsung.[31] Pada malam akhir musim yang sama, kumpulan tarian akrobatik Zurcaroh mempersembahkan satu rutin diiringi lagu tersebut.[32] Selain itu, Koir Universiti Stellenbosch memenangi kategori koir Terbuka, Belia, dan Campuran untuk persembahan mereka di Llangollen International Musical Eisteddfod 2018.[33]
Pada 6 Ogos 2019, "Baba Yetu" dimainkan pada upacara penandatanganan Perjanjian Maputo, yang menamatkan Pemberontakan RENAMO di Mozambique.[34]
Pada Ogos 2023, "Baba Yetu" dipersembahkan dalam konsert Civ VI di Teater Kebangsaan Korea oleh orkestra FLASIC yang diarahkan oleh Sol Chin.[35]
Rujukan
- ^ "Looking Back... Civilization IV". CVG. 6 Julai 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2014. Dicapai pada 31 Disember 2012.
- ^ Nichols, Max (September 1, 2007). "Video Games Live". N-Sider. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2014. Dicapai pada 13 Julai 2012.
- ^ "Talisman featured on Civilization 4". 11 Mac 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2014. Dicapai pada 21 Disember 2014.
- ^ Smith, Simon (2009-09-27). "Christopher Tin - "Calling All Dawns" Review". Higher Plain Music (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-28.
- ^ Narciesse, Evan (26 Jun 2011). "Video Games' First-Ever Grammy Winner Talks About 'Civilization' and Music". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2019. Dicapai pada 27 Julai 2018.
- ^ a b c d Jeriaska (September 29, 2009). "Interview: Christopher Tin - From Civilization IV to Calling All Dawns". Gamasutra. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2018. Dicapai pada 27 Julai 2018.
- ^ Carpenter, Nicole (2024-08-05). "How Civilization 4's 'Baba Yetu' won a Grammy in 2011". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-28.
- ^ "Baba Yetu". Christopher Tin. 2006-09-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-19. Dicapai pada 2021-08-19.
- ^ Lirik Baba Yetu Diarkibkan 2021-08-19 di Wayback Machine
- ^ "Baba Yetu". Alfred Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2014. Dicapai pada 3 Januari 2013.
- ^ "Baba Yetu - SATB". Alfred Music. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2011. Dicapai pada 13 Julai 2012.
- ^ "Baba Yetu". www.jwpepper.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-28.
- ^ "Download - Baba Yetu (Piano Quintet Arrangement)". Christopher Tin (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-28.
- ^ "Baba Yetu". www.jwpepper.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-28.
- ^ Tin, Christopher. "Baba Yetu". www.sheetmusicplus.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-28.
- ^ ""Baba Yetu" Sheet Music - 16 Arrangements Available Instantly - Musicnotes". Musicnotes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-28.
- ^ Tin, Christopher. "Press". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 31 Disember 2012.
- ^ Langshaw, Mark (5 Disember 2010). "'Civ IV' theme nominated for Grammy". Digital Spy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2014. Dicapai pada 31 Disember 2012.
- ^ Senior, Tom (14 Februari 2011). "Civilization 4 wins grammy for Baba Yetu six years after release". PC Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2015. Dicapai pada 31 Disember 2012.
- ^ "Christopher Tin". The Independent Music Awards. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2012. Dicapai pada 31 Disember 2012.
- ^ Viva Vox Choir (Belgrade) - New Year's Concert of the 67th Session of the General Assembly. UN Web TV. 14 Januari 2013. Peritiwa berlaku pada 25:29. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2020. Dicapai pada 15 Januari 2013.
- ^ "Llangollen International Musical Eisteddfod 'UK's Most Multilingual Choir' to Mark International Festival's 70th Anniversary". international-eisteddfod.co.uk (dalam bahasa Inggeris). 7 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-27. Dicapai pada 2018-07-26.
- ^ Drury, Jonny (7 Julai 2017). "Calling All Nations Concert, Llangollen Eisteddfod - review". www.shropshirestar.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-31. Dicapai pada 2018-07-26.
- ^ "The Music of Christopher Tin at Cadogan Hal". Cadogan Hall. 19 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2017. Dicapai pada 31 Ogos 2017.
- ^ "Calling All Nations Concert, Llangollen Eisteddfod - review". Shropshire Star. 10 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2017. Dicapai pada 31 Ogos 2017.
- ^ "It's All in the Playing at NSO's 'Video Games Live'". Washington Post. 2 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2012. Dicapai pada 31 Ogos 2017.
- ^ "US Navy Band Performs 'Baba Yetu' in Swahili and it's Astonishing". Nairobi News. 20 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2019. Dicapai pada 31 Ogos 2017.
- ^ "Malukah and Peter Hollens Release Gorgeous Civilization IV Cover Song". The Escapist. 21 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2017. Dicapai pada 31 Ogos 2017.
- ^ "Men's Chorus and Alex Boyé find their perfect fit with 'Baba Yetu'". BYU College of Fine Arts and Communication. 24 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2017. Dicapai pada 31 Ogos 2017.
- ^ Baba Yetu (acapella) #civilization (dalam bahasa Inggeris), diarkibkan daripada yang asal pada 2022-07-24, dicapai pada 2022-07-24
- ^ Staff, NBC4 (2018-07-25). "Angel City Chorale earns Olivia Munn's golden buzzer on America's Got Talent". WCMH (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-25. Dicapai pada 2018-07-25.
- ^ Henderson, Cydney (19 September 2018). "'America's Got Talent' final performance recap: Who will win Season 13?". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada September 24, 2018. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
- ^ "ctlive.info". ctlive.info (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-01. Dicapai pada 2018-08-01.
- ^ "Mozambique peace-accord signing featured Civilization IV's theme song". VentureBeat. 15 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2019. Dicapai pada 2 Disember 2019.
- ^ The_J (2023-12-30). "Baba Yetu – Live from the National Theater of Korea - CivFanatics". Dicapai pada 2024-12-01.