BATF atau ATF ialah singkatan bahasa Inggeris untuk "Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan" (Bureau of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives). Ditubuhkan pada tahun 1972 ia pada awalnya berada di bawah Jabatan Perbendaharaan AS. Tetapi selepas 2002, unit penguatkuasaan ini kini berada di bawah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. ATF merupakan sebuah badan penguatkuasa persekutuan yang bekerja rapat dengan agensi-agensi lain untuk membenteras sebarang jenayah yang berkenaan dengan alkohol, tembakau, senjata api, letupan dan arson.
Ibu pejabat ATF terletak di Washington, walaupun kebanyakan kakitangannya serta operasinya adalah tersebar diseluruh Amerika Syarikat, termasuk juga di beberapa negara di seberang laut. ATF terkenal dengan makmalnya yang dikhaskan untuk penyiasatan pelbagai jenis jenayah dari pembuatan alkohol sehinggalah bahan letupan.
Pertubuhan
Sejarah
Agensi ini telah ditubuhkan pada 1 Julai 1972 dan ia berasal dari salah satu unit di dalam Khidmat Hasil Dalam Negeri Internal Revenue Service. Pada awal 1930an unit ini hanya terlibat dalam kawalan alkohol melalui Alcohol Tax Unit (ATU). Sewaktu era ini jenayah organized crime semakin menjadi-jadi di AS. Oleh itu senjata telah dijadikan bahan kawalan di bawah Akta National Firearms Act 1934, diikuti pula empat tahun kemudian dengan Akta Federal Firearms Act. Pada 1942 tugas penguatkuasaan "Program Senjata" telah diserahkan kepada ATU. Manakala pada tahun 1952, kuasa pungutan cukai untuk senjata dan tembakau telah diberi kepada ATU. Pada 1968 dengan terlulusnya Akta Gun Control Act, makmal ATU telah diberi kuasa untuk menyiasat jenayah yamg melibatkan senjata dan bahan letupan.
Pada 1 Julai 1972 dibawah Orde No. 120-1 (pada asalnya No. 221),Jabatan Perbendaharaan, ATF secara rasminya telah dipisahkan daripada IRS dan menjadi agensi persekutuaan baru di bawah Jabatan Perbendaharaan AS. Semasa tahun 70an, ATF telah membuktikan kejayaanya untuk menyiasat kes-kes arson atau kebakaran. Pada 1982 selepas Akta Anti-Arson Act 1982, Kongres telah menyatakan bahawa arson ialah jenayah persekutuan, dan ini memberi tanggungjawab yang baru kepada ATF untuk menyiasat kebakaran komersial diseluruh negara.
Selama beberapa dekad, ATF telah menjadi sebuah badan yang berkuasa di AS. Selain mempunyai kuasa eksekutif iaitu sebagai badan penguatkuasaan, ia mempunyai kuasa untuk mengutip pelbagai jenis cukai. Beberapa kegagalan pada awal 90an telah menjatuhkan imej ATF iaitu pencerobohan Branch Davidian di Waco, Texas, dan insiden di Ruby Ridge.
Pada 25 November, 2002, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS telah memecahkan biro ini kepada dua bahagian berasingan:
- Bureau of Alcohol, Tobacco, and Firearms telah dinamakan Bureau of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives dan diletak dibawah bidangkuasa Jabatan Kehakiman AS dan ia menjadi sebuah badan penguatkuasaan undang-undang. Walaaupun begitu nama singkatan "ATF" masih dikekalkan
- Alcohol and Tobacco Tax and Trade Bureau (TTB) telah dikekalkan dibawah Jabatan Perbendaharaan dan meneruskan operasinya sebagai badan pungutan cukai.