Aprena Manrose | |
---|---|
اڤرين منروس | |
Kelahiran | Wan Syahera Putri Aprena binti Wan Syahman 25 April 1993 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2013–kini |
Pasangan | Mohd Afiq Hazman (k. 2016; c. 2025) |
Ibu | Rosnah Mohd Noor |
Bapa | Iwan Syahman |
Saudara |
|
Keluarga | Rosmizai Mohd Noor (Ibu Saudara) |
Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman (lahir 25 April 1993) atau lebih dikenali sebagai Aprena Manrose ialah seorang pelakon wanita Malaysia[1]. Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi dangdut terkenal, Iwan Syahman dan pelakon Rosnah Mohd Noor.
Kehidupan awal
Aprena dilahirkan pada 25 April 1993 bersamaan 3 Zulkaedah 1413 Hijrah di Kelantan dan merupakan anak bongsu kepada pasangan Iwan Syahman, seorang penyanyi dangdut terkenal dan Rosnah Mohd Noor (1959 – 2013), seorang pelakon era 1980-an. Namun begitu, ibu dan bapanya bercerai ketika beliau berusia 2 tahun[2]. Beliau mempunyai seorang abang sulung yang bernama Wan Ramada Agus Putra dan seorang kakak yang bernama Oktovia Manrose yang juga merupakan seorang pelakon[3]. Di kalangan orang terdekat, beliau membahasakan dirinya sebagai "Baby"[3].
Aprena merupakan seorang graduan dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) yang memiliki sijil Diploma Penyiaran & Perfileman[4].
Kerjaya
Di awal kerjaya, ibunya banyak membantu dengan menghubungi kenalan terdekat dalam bidang produksi bagi menawarkan tempat kepada beliau sebagai seorang pelakon[5]. Setelah menghabiskan pengajian di peringkat diploma, Aprena mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sebagai pelakon tambahan pada tahun 2013[5]. Beliau mula mencipta nama setelah berjaya membawakan watak antagonis bernama Suraya di dalam drama slot Akasia TV3, Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dan beliau membintangi drama Tiada Arah Jodoh Kita sebagai watak utama bernama Afia Awliya digandingkan dengan Shukri Yahaya yang juga ditayangkan di slot Akasia TV3.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016[6].
Pada bulan Jun 2025, beliau mengumumkan telah bercerai bersama suaminya menerusi hantaran dari akaun rasmi di Instagram, namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai tarikh sebenar perceraian[7]. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang tempoh perkahwinan[8].
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Awang Gerudi[9] | Ina Inul | Filem pertama |
2020 | Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda | Ana | |
Jodoh Syaitan[10] | Mawar | ||
Bulan dan Pria Terhebat | Melati | ||
2022 | Hantu Mok Joh | Dek Na | |
Showtime 1958 | Saloma | ||
2024 | Asan Lembu | Mary |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | 3 Nenek 3 Dara | TV1 | Drama pertama | |
2016 | Gerak Khas (Musim 16) | Aireen | TV2 | Episod: "Tomboy", dikreditkan sebagai Syahera Manrose |
Tundukkan Playboy Itu | Ariana | TV3 | ||
2017 | Suamiku Paling Sweet | Mariana | ||
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin | Suraya | |||
Duda Pujaan Dara[1] | Wan Eldora | Astro Ria | ||
Perempuan Paling Bahagia | Murni | Astro Oasis | ||
Gerak Khas (Musim 17) | Bella | TV2 | Episod: "Bella" | |
2018 | Tiada Arah Jodoh Kita[1] | Afia Awliya | TV3 | |
2019 | Destinasi Ukhuwah | Siti | TV1 | |
Leftenan Zana | Tisya | TV3 | ||
Cikgu, Papa Kirim Salam | Normala | |||
Calon Menantu Tuan Rumah | Zurin | TV Okey | ||
2020 | Sekali Ku Jatuh Cinta | Rose | ||
Wasiat Dari Jordan | Sumayah | |||
2020–2021 | Pak Kodi 5G (Musim 1) | Baby | TV3 | |
2021 | Janda Kosmopolitan | Sherina | Awesome TV | |
Hatimu Sedingin Salju | Rania | TV3 | ||
2022 | 30 Hari Sebelum Raya | Rosnah | TV9 | |
Mem & Bibik Bibik | Bibik Mahani | TV3 | ||
2024 | Helo, Saya Anak Uncle! | Sarah | ||
Wanita Milik Kaiden | Liana |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Waktu Khalil | Emma | TV3 |
Din Sardin Beraya | Aisyah | ||
3 Syawal | TV Okey | ||
Formula Cinta | Anisya | NTV7 | |
Korban Penunggu Hospital | Mia | Astro Citra | |
2019 | Ini Harta Bedu Punya | Minah Geragau | TV3 |
Rengkat | Yani | ||
Misteri Akil Balik | Hanum | ||
2021 | Bibik Kayangan | Ucha | Awesome TV |
2020 | Obsesi | Ayuni | TV3 |
2022 | Raya-Nion | Ain | Sooka |
Jangan Malu Menangis | Mawar | TV9 | |
2023 | 30 Hari Sebelum Raya Lagi | Rosnah | TV3 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Sepahtu Reunion Live 2021 | Tiara | Astro Warna | Artis Jemputan: Episod: "Masih Lagi Sayang" |
Sepahtu Reunion Al-Puasa | Ain | Artis Jemputan: Episod: "Dosa Semalam" | ||
2022 | Sepahtu Reunion Live 2022 | Sofia | Artis Jemputan: Episod "Projek Jejaka Popular" | |
2025 | Sepahtu Reunion Live 2025 | Shila | Astro Prima | Artis Jemputan: Episod: "Sampainya Hatimu" |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
2019 | Anugerah Telenovela | Pelakon Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ a b c Norhayati Nordin (17 Disember 2017). "Cabaran baru karier Aprena". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2025. Dicapai pada 25 Ogos 2025.
- ^ Mohammad Shahemy Azmi (20 Julai 2022). "Diejek anak-anak asbab Iwan Syahman 'berhijrah'". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2022. Dicapai pada 25 Ogos 2025.
- ^ a b Ridzuan Abdul Rahman (28 Januari 2024). "Amelina terharu Aprena sudi menyapa, akui tiada masalah dengan Iwan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2024. Dicapai pada 25 Ogos 2025.
- ^ Haryati Karim (21 Julai 2021). "Ikhtiar zuriat Aprena Manrose". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2021. Dicapai pada 25 Ogos 2025.
- ^ a b Sudirman Mohd Tahir (29 Mac 2018). "Aprena masih terkejut". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2021. Dicapai pada 25 Ogos 2025.
- ^ Alif Fadli Mohd. Sori (12 April 2018). "Perkahwinan tidak halang karier Aprena Manrose". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2018. Dicapai pada 6 Julai 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (15 Jun 2025). "Aprena Manrose umum bercerai". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2025. Dicapai pada 25 Ogos 2025.
- ^ "Aprena Manrose dedah sudah cerai, cuba bertahan tetapi gagal". mStar. 15 Jun 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2025. Dicapai pada 25 Ogos 2025.
- ^ "Awang Gerudi". IMDb. 24 Jun 2025. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2025.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (1 Mac 2020). "Empat tahun berkahwin, Aprena Manrose jalani rawatan kesuburan - "Sudah tiba masanya fokus nak anak"". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2024. Dicapai pada 25 Ogos 2025.