Apoorva Raagangal அபூர்வ ராகங்கள் | |
---|---|
Fail:அபூர்வ ராகங்கள் இறுவட்டு அட்டை.jpg Theatrical release poster | |
Pengarah | K. Balachander |
Penulis | K. Balachander |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | B. S. Lokanath |
Disunting oleh | N. R. Kittu |
Muzik oleh | M. S. Viswanathan |
Syarikat penerbitan | Kalakendra Movies |
Diedarkan oleh | Vijaya Films |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 146 minutes[1] |
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Apoorva Raagangal ( terj. Melodi Aneh ) ialah sebuah filem drama romantik bahasa Tamil tahun 1975 dari India. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh K. Balachander . Ia dibintangi oleh Kamal Haasan, Sundarrajan, Srividya dan Jayasudha. Nagesh dan Rajinikanth melakukan debut dalam dunia perfileman melalui peranan sokongan dalam filem ini. Filem ini berkisar tentang Prasanna (Haasan) yang jatuh cinta dengan perempuan yang lebih tua darinya, Bhairavi (Srividya) .Manakala, anak perempuan Bhairavi, Ranjani (Jayasudha) tertarik kepada bapa Prasanna, Mahendran (Sundarrajan).
Tema Apoorva Raagangal ' berdasarkan teka-teki yang ditanyakan oleh Vetala kepada Vikramaditya dalam koleksi cerita rakyat India Vetala Panchavimshati, tentang seorang raja yang mengahwini seorang wanita dan anak lelakinya mengahwini ibunya. Vetala persoalkan apakah hubungan persaudaraan mereka jika dua dua pasangan ini merlahirkan anak.
Tidak seperti kebanyaan filem tamill pada masa itu, filem ini dirakam sepenuhnya dalam sebuah rumah sebenar tanpa set bangunan.
Apoorva Raagangal ditayangkan pada 15 Ogos 1975. Ia menjadi kejayaan komersial dan mendapat pujian kritikal walaupun cerita ini mencabar norma kehidhupan sosial india, di mana ia meneroka konsep hubungan antara orang yang mempunyai jarang umur yang besar.
Filem ini memenangi tiga Anugerah Filem Kebangsaan, termasuk Filem Cereka Terbaik dalam bahasa Tamil, dan tiga Anugerah Filmfare Selatan bagi Filem Tamil : Filem Cereka Terbaik, Pengarah Terbaik udan Pelakon Lelaki Terbaik . Ia diolah semula dalam Telugu sebagai Thoorpu Padamara (1976) di mana Srividya dan Nagesh mengulangi peranan mereka, dan dalam bahasa Hindi oleh Balachander sebagai Ek Nai Paheli (1984) di mana Haasan mengulangi peranannya.
Barisan Pelakon
- Kamal Haasan sebagai Prasanna [2]
- Sundarrajan sebagai Mahendran [2]
- Srividya sebagai MR Bhairavi
- Jayasudha sebagai Ranjani
- Nagesh sebagai Suri / Hari [3]
- Rajinikanth sebagai Pandiyan [2]
- Thideer Kannaiah sebagai kawan Mahendran [4]
Kannadasan, Jaishankar dan ahli-ahli dari Persatuan Seniman Amatur Bersatu yang berpangkalan di Madras membuat "penampilan khas". [2]
Legasi
Apoorva Raagangal menjadi sebuah filem penting dalam pawagam Tamil, dan titik permulaan kejayaan bagi Srividya dan Haasan. [5] [6] [7]
Rujukan
- ^ Rajadhyaksha & Willemen 1998, m/s. 422.
- ^ a b c d Ramachandran 2014.
- ^ Dhananjayan 2011.
- ^ "நடிகர் திடீர் கண்ணையா மரணம்" [Actor Thideer Kannaiah's sudden death]. Thinaboomi (dalam bahasa Tamil). 18 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2025. Dicapai pada 2 February 2025.
- ^ Rangarajan, Malathi (27 October 2006). "Subtle portraits, eloquent eyes". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015. Dicapai pada 20 December 2014.
- ^ "Kamal Hassan turns 60: From 'Chachi 420' to 'Viswaroopam', the actor has always been a master of disguise". News18. 7 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2017. Dicapai pada 3 December 2019.
- ^ Saraswathi, S (7 November 2014). "Birthday Special: Kamal Haasan's 60 years of excellence". Rediff.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2017. Dicapai pada 19 April 2015.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "ApoorvaRaagangal FC" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "sahapedia" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "Credits" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "The Other Rajinikanth" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "Kamath" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref>
dengan nama "Times" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
<ref>
dengan nama "thenewsminute" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.