Anugerah Nasyid Malaysia 2020 | |
---|---|
Penerangan | pengiktirafan dan penghormatan tertinggi bagi penggiat industri nasyid Malaysia |
Lokasi | Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur |
Negara | Malaysia |
Disampaikan oleh | Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) |
Pengacara | Hafiz Hamidun Farah Fauzana |
Kali pertama | 27 Disember 2020 |
Liputan televisyen/radio | |
Rangkaian | RTM |
Tapak web | |
anam | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Anugerah Nasyid Malaysia 2020 atau ANAM 2020 merupakan sebuah program anugerah di Malaysia. Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan tertinggi bagi penggiat industri nasyid khususnya di Malaysia[1]. ANAM 2020 merupakan penganjuran kali pertama bagi Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM). Ia dianjurkan oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia). Ia mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan RTM sebagai penyiar rasmi[1].
Anugerah ini juga menjadi salah satu langkah awal ke arah penganjuran Festival Nasyid Antarabangsa Malaysia, sejajar dengan status negara sebagai 'The Home of Contemporary Nasyeed' di persada dunia, tahun 2021[2].
Malam kemuncak ANAM 2020 dihoskan oleh Hafiz Hamidun dan Fara Fauzana, manakala Farihin Abdul Fatah pula bertindak selaku ketua juri.
Kategori
ANAM 2020 mempertandingkan tiga jenis anugerah iaitu anugerah berdasarkan undian peminat, anugerah berdasarkan penilaian juri dan anugerah khas.
Berdasarkan undian peminat
Terdapat tiga anugerah yang dipertandingkan bagi kategori anugerah berdasarkan undian peminat, iaitu Artis Nasyid Pilihan; Artis Nasyid Baharu Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara Pilihan[3]. Kategori ini dinilai berdasarkan undian peminat di laman sesawang rasmi anugerah.
Berdasarkan penilaian juri
Terdapat lima anugerah yang dipertandingkan bagi kategori anugerah berdasarkan penilaian juri, iaitu Video Muzik Terbaik; Rakaman Lagu Nasyid Terbaik; Vokal Nasyid Terbaik; Susunan Muzik Nasyid Terbaik; Lirik Nasyid Terbaik; dan anugerah tertinggi, Lagu Nasyid Terbaik. Penjurian ANAM 2020 membabitkan lapan juri profesional daripada kalangan penggiat muzik berpengalaman dan tanggungjawab ketua juri digalas Farihin Abdul Fatah[3]. Antara individu yang turut menjadi juri ialah Habsah Hassan[3].
Khas
Terdapat dua anugerah khas yang dikhususkan kepada individu atau kumpulan yang memperoleh pencapaian tertinggi dalam kerjaya, iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Khalifah[3].
Pemenang
Berikut merupakan senarai pemenang ANAM 2020.
Anugerah | Pemenang Anugerah |
---|---|
Anugerah penilaian juri | |
Lagu Nasyid Terbaik | Ittihad
Munsyid: Rabbani Komposer : Daqmie Lirik : Ito Lara |
Lirik Nasyid Terbaik | Ito Lara
Lagu: Ittihad Munsyid: Rabbani |
Vokal Terbaik Dalam Lagu | Rabbani
Lagu: Ittihad |
Rakaman Muzik Terbaik | Amin Nordin
Lagu: Sakit Munsyid: Areef |
Susunan Lagu Terbaik | Omar K
Lagu: Putaran Munsyid: Farred Zane |
Video Muzik Terbaik | Tiada pemenang |
Anugerah khas | |
Anugerah Kembara | InTeam |
Anugerah Khalifah | Raihan |
Anugerah undian peminat | |
Artis Nasyid Pilihan | InTeam |
Artis Nasyid Nusantara Pilihan | Sabyan (Indonesia) |
Artis Baharu Pilihan | Aniq Muhai |
Rujukan
- ^ a b RTM (22 Disember 2020). "TV1 Siar Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020), Ahad Ini". Radio Televisyen Malaysia. Dicapai pada 28 Disember 2020.[pautan mati kekal]
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (16 Disember 2020). "ANAM 2020 terima 585 penyertaan". BHarian. Dicapai pada 28 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b c d Norhayati Nordin (27 Disember 2020). "Rabbani ungguli ANAM 2020, menang Lagu Nasyid Terbaik". HMetro. Dicapai pada 28 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)