Ansel Elgort (lahir 14 Mac 1994) ialah seorang pelakon, penyanyi dan DJ asal Amerika Syarikat (dengan nama Ansølo).[1][2][3][4] Sebagai pelakon filem, ia telah melakonkan Tommy Ross dalam filem seram Carrie (2013), Caleb Prior dalam siri filem Divergent, Augustus Waters dalam filem romantik drama remaja The Fault in Our Stars (2014), dan sebagai Baby Driver dalam filem thriller laga arahan Edgar Wright, Baby Driver (2017), yang mana ia menerima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik - Muzikal atau Komedi.[5] Sebagai penyanyi, ia telah mengeluarkan single "Thief" (2017) dan "Supernova" (2018).