![]() | ||||||||
Nama lain | Anjing pemburu bau Hannover Anjing pemburu Hanover Anjing pemburu Hannover | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Jerman | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu bau Hanover atau anjing pemburu Hanover[a] ialah satu baka anjing dengan asal usul yang dijejak kembali ke zaman Celt sebagai keturunan langsung bagi anjing pemburu utama. Anjing pemburu Hanover diperihalkan sebagai anjing pemburu darah, yang terutamanya digunakan untuk penjejakan darah daripada haiwan tercedera.[1] Ia merupakan anjing pemburu dan anjing penjejak yang diturunkan daripada anjing pemburu darah dari Zaman Pertengahan. Ia pertama kali diperkenalkan ke Perancis pada tahun 1980-an dan masih merupakan baka sangat jarang. Ia dibiakbakakan secara bersilang dengan anjing pemburu Bavaria yang membawa kepada kemunculan anjing pemburu gunung Bavaria.
Perihal
Penampilan
Anjing berbulu pendek ini berwarna antara perang kemerah-merahan muda dengan tua dengan penampilan brindle. Ia mungkin juga mempunyai topeng. Secara keseluruhan, anjing pemburu Hanover mempunyai binaan kukuh dengan kepala besar, rahang kuat, dan dada dalam. Jantan dewasa berdiri setinggi 19.5–21.5 inci (50–55 cm) dan berukuran seberat 66–88 paun (30–40 kg). Betina dewasa pula biasanya lebih kecil sedikit dengan ketinggian 19–21 inci (48–53 cm) dan berat 55–70 paun (25–32 kg).[2][3] Dahinya berkedut sedikit. Tengkoraknya adalah paling lebar di antara kedua-dua telinga dan sedikit membulat.[2][4][5] Telinga anjing pemburu Hanover adalah tinggi, lebar, dan licin,[4][5] biasanya membulat tumpul di hujung.[2] Ekornya terletak tinggi-tinggi, panjang, dan hampir tidak melengkung.[4][5][2]
Perangai
Seperti mana-mana anjing pekerja, anjing pemburu Hanover paling sesuai tinggal di kawasan yang membolehkannya bersenam dan tidak sesuai untuk tinggal di kota. Serupa dengan anjing pekerja lain, anjing pemburu Hanover diperihalkan sebagai anjing yang mempunyai perangai tenang dan terjamin dan sifat degil dan tekun apabila menjejak.[2][4][5] Anjing pemburu Hanover cenderung untuk menyendiri di sekeliling orang asing; walau bagaimanapun, ia baik hati dan ramah terhadap anjing lain.[3]
Sejarah
Keleluhuran anjing pemburu Hanover dapat dipautkan dengan orang Celt di Eropah Tengah, dari sekitar tahun 500 SM. Orang Celt menggunakan canis segusius, yang ber-evolusi daripada anjing pemburu Celt. Sambil mengekalkan kebolehan penjejakannya dan binaan berkuasanya, ia berkembang menjadi anjing pemburu utama, dengan ciri pembeza seperti muncung tumpul dan hidung lebar.[6]
Anjing pemburu Hanover dikembangkan hampir langsung daripada anjing pemburu utama. Sejak era Karolus Agung, anjing pemburu utama ini telah memegang reputasi baik dalam perburuan. Anjing ini digunakan untuk menjejak rusa kuat dan babi hutan.[6]
Selepas kemunculan senjata api yang merevolusi perburuan, ini mewujudkan permintaan untuk anjing yang mampu menjejak mangsa tercedera, yang menjadikan anjing pemburu utama amat sesuai untuk tugas ini, lalu memimpin peralihan kepada "anjing pemburu darah".[6]
Pada tahun 1885, anjing pemburu Hanover diberi namanya. Mesyuarat pengasasan Persatuan Hirschmann menggalas tugas pemeliharaan baka anjing pemburu bau Hanover.[6]
Pada tahun 1912, anjing pemburu bau Hanover disilangkan dengan anjing pemburu bau gunung Bavaria, iaitu anjing penjejak lebih ringan dan lebih tangkas, yang lebih sesuai untuk rupa bumi mencabar.[6]
Pengiktirafan baka
Anjing pemburu Hanover diiktiraf secara rasmi oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) pada tahun 1964, dalam kategori Anjing Pemburu Bau dan Baka Berkaitan.[1]
United Kennel Club mengiktiraf anjing pemburu Hanover dan mengelaskannya dalam kumpulan anjing pemburu bau pada 1 Januari 1996.[2]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو باءو هانوۏر, انجيڠ ڤمبورو هانوۏر; Jerman: hannoverscher Schweißhund; bahasa Inggeris: Hanoverian scenthound, Hanoverian hound, Hanover hound
Rujukan
- ^ a b "FCI breeds nomenclature: HANNOVERSCHER SCHWEISSHUND (213)" [Tatanama baka FCI: ANJING PEMBURU BAU HANOVER (213)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 10 Mei 2025.
- ^ a b c d e f "Hanoverian Hound" [Anjing Pemburu Hanover] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 10 Mei 2025.
- ^ a b "Hanover Hound" [Anjing Pemburu Hanover] (dalam bahasa Inggeris). Zooplus. 24 Mac 2024. Dicapai pada 10 Mei 2025.
- ^ a b c d "FCI-Standard Nr. 213 HANNOVERSCHER SCHWEISSHUND" [Piawaian FCI No. 213 Anjing Pemburu Bau Hanover] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 26 Mei 2015. Dicapai pada 10 Mei 2025.
- ^ a b c d "FCI-Standard N° 213 HANNOVERSCHER SCHWEISSHUND" [Piawaian FCI No. 213 Anjing Pemburu Bau Hanover] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Disemak oleh Elke Peper. Dibetulkan dan disemak terkini oleh Christina Bailey. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 26 Mei 2015. Dicapai pada 10 Mei 2025.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d e "Home" [Laman] (dalam bahasa Jerman). Hirschmann. Dicapai pada 27 Disember 2023.
Pautan luar
- "Home" [Laman] (dalam bahasa Jerman). Hirschmann. Dicapai pada 27 Disember 2023.
- "Hannoverscher Schweisshund Bilder" [Gambar Anjing Pemburu Bau Hanover] (dalam bahasa Jerman). hund.ch. Dicapai pada 2 Ogos 2013.