![]() | |||||||||
Nama lain | Anjing pemburu Pashmi Anjing Kathewar | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | India | ||||||||
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Mudhol,[a] juga dikenali sebagai anjing pemburu karavan, ialah satu baka anjing pemburu penglihatan dari India.[1][2][3][4][5]

Kennel Club of India (KCI) dan Indian National Kennel Club (INKC) mengiktiraf baka ini dengan nama baka berlainan. KCI mendaftarkannya sebagai Caravan Hound sementara INKC pula menggunakan nama Mudhol Hound.[perlu rujukan]
Pada tahun 2005, anjing pemburu Mudhol ialah salah satu daripada empat baka anjing India yang ditonjolkan dalam suatu set setem pos yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat India untuk meraikan warisan anjing negara itu.[6] Sekitar 750 buah keluarga di dalam dan di sekeliling bandar Mudhol di Karnataka menternak baka ini untuk memasarkan anak anjing.[7]
Sejarah
Penara Dakkan meliputi bahagian negeri Karnataka, Maharashtra, dan, pada takat lebih rendah, Telangana. Baka ini popular di dalam dan di sekeliling Taluk Mudhol di Karnataka dan, oleh itu, baka ini mendapat nama anjing pemburu Mudhol.[8]


Shrimant Rajesaheb Malojirao Ghorpade dari Mudhol (1884–1937) dari Negara Mudhol dikreditkan kerana menghidupkan anjing pemburu Mudhol semula. Beliau melihat orang suku tempatan yang dipanggil Bedar ("tidak takut"); juga dipanggil Berad ("tidak menangis") menggunakan anjing pemburu ini untuk berburu.[7] Dengan menggunakan pembiakbakaan terpilih, beliau dapat memulihkan anjing pemburu Mudhol diraja. Semasa lawatan ke England pada awal tahun 1900-an, Maharaja Negara Mudhol menghadiahi Raja George V sepasang anjing pemburu, yang mempopularkan baka anjing pemburu Mudhol.[9][10]
Tentera Darat India telah mengungkapkan hasratnya untuk menggunakan anjing pemburu Mudhol untuk tugas pemantauan dan perlindungan sempadan. Tentera itu telah memperoleh enam ekor anjing pemburu Mudhol untuk pengujian dalam Kor Veterinar Kuda Ganti Tentera Darat di Meerut. Anjing tersebut dibiakbakakan selepas pemilihan, di Pusat Penyelidikan dan Maklumat Anjing (CRIC) di Thimmapur dekat dengan Mudhol di Daerah Bagalkot di Karnataka. CRIC ialah sebuah unit di Universiti Veterinar, Haiwan, dan Perikanan Karnataka, Bidar.[11]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو مودول; Bahasa Kannada: ಮುಧೋಳ್ ಹೌಂಡ್; bahasa Inggeris: Mudhol hound
Rujukan
- ^ Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 103. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
- ^ Hancock, David (1 Disember 2012). Sighthounds: Their Form, Their Function and Their Future [Anjing Pemburu Penglihatan: Bentuknya, Fungsinya, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 109–112. ISBN 9781847973924. OCLC 794816555.
- ^ Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 47–48. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ Soman, Waman Vishwanath (1963). The Indian Dog [Anjing India] (dalam bahasa Inggeris). Mumbai, India: Popular Prakashan. m/s. 89. OCLC 1701389.
- ^ Sowmyashree, B. L.; Jayashree, Rajaganapathy; Naveen Kumar, Siddaraju; Nagaraja, Ramakrishnappa; Nagaraja, Chikkalure Sringeshwaraiah; Rajeshwari, Yajaman Bajjappa; Banuprakash, A. R. (2 Februari 2021). "Microsatellite DNA Polymorphism Studies in Mudhol Hound Dog Native of India" [Kajian Polimorfisme DNA Mikrosatelit pada Anjing Pemburu Mudhol yang Asli di India]. Indian Journal of Animal Research (dalam bahasa Inggeris). Pusat Komunikasi Penyelidikan Pertanian. 56 (7): 848–853. doi:10.18805/IJAR.B-4230. ISSN 0976-0555. S2CID 234154607.
- ^ Upadhye, Aishwarya (1 Februari 2019). "The comeback of Indian native dog breeds" [Kepulangan baka anjing asli India] (dalam bahasa Inggeris). The Hindu. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ a b Menasinakai, Sangamesh (26 Januari 2015). "Mudhol's top dogs" [Anjing teratas Mudhol] (dalam bahasa Inggeris). The Times of India. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Mudhol Hound has its day" [Anjing pemburu Mudhol dapat harinya] (dalam bahasa Inggeris). The Hindu. 5 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2008. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Tracking the hounds of Mudhol" [Menjejaki anjing pemburu Mudhol] (dalam bahasa Inggeris). Deccan Herald. 26 Januari 2015. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "Mudhol's royal chapter" [Bab diraja Mudhol] (dalam bahasa Inggeris). Deccan Herald. 22 Julai 2013. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Bahadur Desai, Rishikesh (13 November 2015). "Mudhol hounds now get a fighting chance" [Anjing pemburu Mudhol kini dapat peluang berjuang] (dalam bahasa Inggeris). The Hindu. Dicapai pada 24 Mei 2025.