Seekor anjing gembala Mantiqueira | |||||||||||||||||
| Nama lain | Policial Pastorzinho caipira Anjing gembala Brazil Policialzinho | ||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Brazil | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| Catatan | Diiktiraf oleh SOBRACI, ALKC, dan CBKC | ||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||
Anjing gembala Mantiqueira[a], yang juga dikenali dengan nama julukan "policialzinho" ("[anjing] polis kecil") atau anjing gembala Brazil, ialah satu baka anjing gembala bersaiz sederhana yang berasal dari Pergunungan Mantiqueira, di Wilayah Tenggara Brazil.
Ia berfungsi terutamanya sebagai anjing lembu dan dihargai kerana kecerdasannya dan keupayaan kerjanya. Baka ini diiktiraf oleh beberapa buah kelab kenel kebangsaan, termasuk SOBRACI (Sociedade Brasileira de Cinofilia),[1] ALKC (America Latina Kennel Clube),[2] dan terutamanya oleh Confederação Brasileira de Cinofilia (CBKC), yang merupakan gabungan utama Brazil dalam Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).
Tiga keragaman lapis bulu utama wujud: lapis bulu panjang, lapis bulu sederhana, dan lapis bulu pendek (yang sama ada licin, pendek, atau keriting). Jantan berdiri setinggi hampir-hampir 53 cm (21 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat sehingga 25 kg (55 lb).
Catatan
- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا منتيکيرا; Portugis: cão pastor da Mantiqueira, pastor da Mantiqueira; bahasa Inggeris: Mantiqueira shepherd
Rujukan
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala Mantiqueira |
- ^ "Pastor da Mantiqueira" [Anjing Gembala Mantiqueira] (dalam bahasa Portugis). Sociedade Brasileira de Cinofilia. Dicapai pada 24 Mac 2024.
- ^ "Pastor da Mantiqueira" [Anjing Gembala Mantiquiera] (dalam bahasa Portugis). America Latina Kennel Clube. Dicapai pada 24 Mac 2024.








