Anjing biri-biri Rize dinamai sempena bandar Rize kerana baka ini terdapat di serata Wilayah Rize dan Wilayah Ordu di rantau Laut Hitam timur laut Turki.[2][3]:101 Baka ini menyerupai anjing Kars, dengan tubuh kukuh dan tungkai kuat. Strukturnya membolehkan anjing ini melalui Pergunungan Canik, tempat kelaziman anjing ini. Apabila anjing ini berjaga-jaga, ia mengenakan postur dengan ekor terangkat secara melengkung dan anjing ini berdiri tinggi-tinggi dengan yakin. Jantan berdiri hampir-hampir 70 cm (28 in) dan betina pula kurang tinggi sebanyak satu atau dua sentimeter. Lapis bulunya dapat terdiri daripada pelbagai warna, walaupun kelabu gelap adalah paling lazim; contoh dwiwarna diketahui.[2][3]:101 Anjing ini biasanya bukan haiwan peliharaan, tetapi sebaliknya haiwan pekerja untuk isi rumah untuk membantu dalam amaran vokal atau fizikal tentang bakal bahaya yang mungkin berlaku. Anjing ini dibiakbakakan untuk melindungi pemiliknya dan harta benda.
† = Diturunkan daripada anjing penjaga haiwan ternakan dan berkait rapat dengan anjing penjaga haiwan ternakan, tetapi secara tradisional digunakan dalam peranan lain