Andy Teh | |
---|---|
郑金发 | |
Kelahiran | Andy Teh Kim Huat 8 September 1986 |
Nama lain | Andy |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2010–kini |
Ketinggian | 173 cm (5 ka 8 in) |
Andy Teh Kim Huat (lahir 8 September 1986) (Cina: 郑金发) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Dr Norman Arif dalam drama I-Tanggang: Mother Of All Lies (2021), sebagai Ah Seng dalam drama X-Change: The Bonds Of Blood (2024) dan sebagai Toa Seng dalam drama First Wives: Sisters Before Misters (2025). Terbaru, dia mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan dan sedang mengukuhkan kedudukannya dalam persada seni tanah air menerusi watak Pablo dalam filem aksi blockbuster, Blood Brothers: Bara Naga (2025). Beliau kini sedang giat mengembangkan kerjayanya dalam filem dan drama tempatan, dan dilihat sebagai salah seorang bintang sokongan yang berpotensi besar dalam dunia lakonan aksi Malaysia.
Kehidupan awal
Andy Teh dilahirkan pada 8 September 1986 di Klang, Selangor. Beliau berketurunan Cina dan beragama Kristian.
Kerjaya
Pada tahun 2019, Beliau memegang watak sebagai Lee dalam filem drama aksi Sangkar, arahan Kabir Bhatia dan dibintangi bersama Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah dan ramai lagi. Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai peninju MMA dalam filem aksi blockbuster, Wira arahan Adrian Teh dan dibintangi bersama Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Dain Said, Josiah Hogan, Henley Hii dan banyak lagi.
Beliau memegang watak sebagai Pablo dalam filem aksi blockbuster, Blood Brothers: Bara Naga (2025), arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, dibintangi bersama Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Amir Nafis, Irfan Zaini dan ramai lagi.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Sangkar | Lee | Filem pertama |
WIRA | Peninju MMA | ||
2023 | Pagari Bulan | Leftenan Azu | |
2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Sachai | |
2025 | Blood Brothers: Bara Naga | Pablo | |
Abah Saya, Uncle Mike | Uncle Mike |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | The Maid | Bahar | Astro Ria | Drama pertama |
I-Tanggang: Mother Of All Lies | Dr. Norman Arif | Astro Citra | ||
2022 | Sayang Tak Dikenang | Erick | TV3 | |
Ash & Aish | Assad | Astro Ria | ||
2023 | Aku Hanim | Budi | ||
2024 | X-Change: The Bonds Of Blood | Ah Seng | Astro Premier | |
2025 | First Wives: Sisters Before Misters | Toa Seng | Astro Citra |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Satu Tong | Raymond Tan | Astro Prima | Telefilem pertama |
Syukur Itu Aku | Syukur | TV3 | ||
2025 | Wasiat Ayah | Eh Wong | Astro Ria |
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Aplikasi | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Salon | Alex | Viu | Drama web pertama |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2025 | Wanita Hari Ini | Pengacara | TV3 |