Andrea Fonseka | |
---|---|
![]() Kavita Sidhu, Jimmy Choo, Heah Sieu Lay, Andrea Fonseka and Amber Chia at the launch of "The Twelve" | |
Kelahiran | Andrea Veronica Fonseka 29 Ogos 1984 |
Pendidikan | National University of Singapore |
Pekerjaan | Model, host, actress, beauty queen titleholder |
Tahun aktif | 2004–present |
Pasangan | Paul Dewar (k. 2010) |
Ibu bapa | Josephine Lena Wong Datuk Dr. G.C.A Fonseka |
Andrea Fonseka (lahir 29 Ogos 1984) ialah seorang pelakon, pengacara TV, model dan pemegang gelaran ratu cantik Malaysia yang dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2004.[1] Sebagai seorang pelakon, beliau kini umumnya bekerja di Malaysia dan Singapura.
Kehidupan peribadi
Andrea Fonseka dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, pada 29 Ogos 1984. Beliau berketurunan etnik campuran. Bapanya berketurunan Sinhalese (Sri Lanka), Portugis, Sepanyol dan Filipina (Eurasia) dan orang asli Pulau Pinang, manakala ibunya pula berketurunan Cina dan Kantonis dari Ipoh, Perak.[2] Beliau merupakan anak bongsu daripada empat anak perempuan dan kini menetap dan bekerja di Singapura, Malaysia dan Australia. Beliau memperoleh pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Taman Petaling, Petaling Jaya. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti Nasional Singapura.
Rujukan
- ^ HENG, NATALIE. "Like mother, like daughter". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-23.
- ^ Former Miss Malaysia shares KL's best-kept shopping secret, Felix Cheong, Asiaone, 18 October 2008.
- Orang dari Pulau Pinang
- Alumni Universiti Kebangsaan Singapura
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Sri Lanka
- Orang Malaysia berketurunan Sepanyol
- Orang Malaysia berketurunan Filipina
- Orang Malaysia berketurunan Portugis
- Orang hidup
- Kelahiran 1984
- Orang dari Ipoh
- Orang Malaysia berketurunan Kristang