| Andai Tiada Dia | |
|---|---|
| Genre | |
Berdasarkan daripada | Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Muhamad Riza Baharudin |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Nur Cinta" oleh Amir Masdi |
| Lagu penutup | "Andai Tiada Dia" oleh Isyariana Che Azmi |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 36 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Datin Zaiton Mohd. Jiwa |
| Penerbit |
|
| Penyunting | Global Post Sdn. Bhd. |
| Tempoh siaran | 49 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn. Bhd. |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | Mediacorp Suria 5 Januari 2026 — 3 Mac 2025 |
| Siaran asal | 21 Oktober 2024 – 19 Disember 2024 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Uncle Bos Mama |
| Diikuti oleh | Curang Tanpa Niat |
Andai Tiada Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Muhamad Riza Baharudin terbitan Global Station. Ia dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana / Alicia Amin dan Zahiril Adzim. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria pada 21 Oktober hingga 19 Disember 2024 menggantikan Uncle Bos Mama.
Sinopsis
Sudah 7 tahun usia perkahwinan Suri dan Haikal (Hisyam Hamid) namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.
Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan (Mimi Lana), adik Suri yang ketika itu menumpang di rumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.
Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah (Zahiril Adzim) yang sentiasa wujud apabila Suri dalam kesusahan.
Pelakon
Pelakon Utama
- Hisyam Hamid sebagai Haikal
- Ummi Nazeera sebagai Suri
- Mimi Lana sebagai Intan
- Zahiril Adzim sebagai Falah & Fatah (2 watak).
- Alicia Amin sebagai Intan (menggantikan Mimi Lana mulai Episod 29–36)
Pelakon Pembantu
- Husna Mustaffa sebagai Erma, Kakak Intan & Suri
- Rahim Omar sebagai Haji Idris, Abah Suri, Intan & Erma & Bapa Mertua Haikal
- Rosnah Johari sebagai Hajah Halilah, Mak Kandung Suri, Intan & Erma & Mak Mertua Haikal
- Lan Siro sebagai Ikhwan
- Kodi Rasheed sebagai Rafiq, Kawan Baik Haikal
- Mia Nasir sebagai Bainun, Kawan Baik Intan
- Mas Anizan sebagai Puan Faridah, Mak Kandung Haikal
- Riz Amin sebagai Hisham, Abang Kandung Haikal
- Zarynn Min sebagai Muna, Pengasuh Menjaga Luqman
- Auni Yusri sebagai Yasmin
- Adam Malek sebagai Wafi Chamber
- Noah Mateen sebagai Baby Luqman, Anak Kandung Suri & Haikal
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Yusuf, Ayah Kandung Falah
- Aznah Hamid sebagai Cikgu Misrah, Mak Kandung Falah
- Amyza Aznan sebagai Uda Senah, Mak Saudara Suri
- Bobo Rimaz sebagai Bobo
- Muaz Zabir sebagai Dr. Amir
Pelakon Tambahan
- Adik Opie sebagai Laila 8 Τahun
- Shima Bee sebagai Zarina
- Zarrin Nuqman sebagai Aiman
- Liza Kowangit sebagai Shaza
- Mizie Ahmad sebagai Aidil
- Draman Muhamad sebagai Pak Ali
- Siti Zaleha sebagai Juli
- Mazliana Mat Sor sebagai Hasnah
- Charlie Numan sebagai Bomoh
- Ros Idris sebagai Mak Gayah
- Lyqal Mokhtar sebagai Azura
- Hilmi Zerain sebagai Azman
- Rayyan Hoi sebagai Radhi
- Iki Faisal sebagai Suzie
- Paksu Fadzil sebagai Pak Darus
- Hashim sebagai Haji Hud
- Elly Suhaili sebagai Jana
- Megat Terawis sebagai Pak Ramli
- Zamir Akmal sebagai Rosyam
- Hasni Liana sebagai Zainab
Muzik dan Runut Bunyi
- "NurCinta" oleh Amir Masdi
- "Tapi Bukan Denganmu" oleh Bella Astillah
- "Andai Tiada Dia" oleh Isyariana Che Azmi
- "Pendam Rasa" oleh Evanatie Sannie
- "Maafkanlah" oleh Syamel
- "Soal Jiwa" oleh Wani Annuar & Aiman Zaidi
Kesinambungan
Selepas berkahwin, Suri dan Falah berpuasa dan menyambut Hari Raya sebagai suami isteri. Haikal, yang merawat Intan di hospital, merindui Suri dan memikirkan kehidupan bahagia bersama Suri.
Trivia
- Mimi Lana sepatutnya memegang watak Intan untuk semua episod tetapi kerana tidak dapat fokus kepada 36 episod berikutan terikat dengan projek lain akhirnya Mimi Lana hanya berlakon 28 episod dan bakinya diteruskan oleh penggantinya Alicia Amin yang mempunyai iras wajah Mimi. Bagaimanapun reaksi penonton terhadap Alicia tidak berpuas hati kerana terlalu berlebihan berbanding Mimi meskipun beliau sebagai pelakon gantian.
- Drama Andai Tiada Dia meraih 71 juta (media sosial), 6.7 juta penonton antara 21 Oktober sehingga 2 Disember 2024 dan belum termasuk penonton di aplikasi bukan Sooka iaitu Telegram, reels Facebook serta penonton dari Indonesia, Singapura dan rakyat Malaysia tinggal di luar negara.
- Watak Falah Yusof dilakonkan Zahiril Adzim hanya masuk episod 13 dan menerima pujian daripada peminatnya dan penonton.
- Di episod akhir ramai penonton tidak berpuas hati pengakhiran Intan dan mengecam pengarah drama tersebut iaitu Riza Baharuddin kerana dianggap menyeksa penonton, tetapi Riza memohon maaf kepada semua penonton jika tidak berpuas hati.
- Suami kepada Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari yang juga seorang doktor sering berkongsi ulasan drama lakonan isteri beliau serta selitkan ilmu perubatan secara jenaka, hingga mengelarkan dirinya 'Pakar ulasan tidak bertauliah' hanya untuk drama Andai Tiada Dia hakikatnya Izzar seorang bersikap positif dan menyokong kerjaya seni Ummi di awal perkahwinan sehingga sekarang. Selain itu drama ini juga selitkan ilmu agama tentang rumah tangga, kematian dalam platform Bambam Studios.
Pautan luar
| Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Andai Tiada Dia | Berikutnya |
| Uncle Bos Mama | Curang Tanpa Niat | |








